Friday, January 14, 2011

Mari-Mari Cultural Village Sabah::Retreat MTM 2010/2011


Kali ni Lina nak bercerita pasal trip Lina ke Sabah bulan Jun tahun lepas. Oh trip ni merupakan retreat MTM yang baru naik board. Plan untuk ke Sabah ni dibuat dalam jangka masa yang singkat, kesian kat junior-junior MTM waktu tu sebab final year year MTM tak dapat tolong due too internship for 2 month. Masing-masing sibuk mencari sponsor untuk menaja program kami ni. By the way, program ni tetap berjalan dengan lancar dan memuaskan hati kami semua. Good Job!!!

Lawatan ke Mari-mari Cultural Village ni ditaja oleh Sabah Tourism Board (STB) & kami bertolak ke Mari-mari Cultural Village selepas mendengar taklimat dari Tengku Zainal Adlin selaku Pengerusi Sabah Tourism Board di STB. Tengku Zainal nie peramah & ceria orangnya, banyak pengalaman yang beliau kongsi bersama kami. Tengku Zainal menceritakan tentang keindahan dan keunikan negeri Sabah. Seriously Sabah is full with uniqueness, kepelbagaian diversiti spesis haiwan dan tumbuhan yang unik dan tak dapat di negara-negara lain serata dunia. Kalau dah tumbuhan & haiwan dah pelbagai microbes pon mesti pelbagai'n...hahahaha...Tiba2 teringat microbes, best friends budak2 fakulti kami. By the way, Tengku Zainal love travel & now I also love travel. Jauh perjalanan luas pemandangan (^_^)


So, jom baca story pasal Mari-Mati Cultural Village nie.‘ Mari-Mari Cultural Village’ terletak di Inanam yang mana 25 minit dari Kota Kinabalu. ‘Mari-Mari Cultural Village’ merupakan suatu tempat pelancongan yang menarik yang mana menyediakan kemudahan bagi para pelancong untuk mengetahui dan mempelajari tentang etnik-etnik di Sabah antaranya ialah etnik Bajau, Lundayeh, Murut, Rungus dan Dusun.

Kami tiba di ‘Mari-Mari Cultural Village’ pada jam 5.30 petang dan telah disambut oleh kakitangan ‘Mari-Mari Cultural Village’ dengan baik dan mesra sekali. Sebelum memulakan pengembaraan di Mari-Mari Cultural Village, kami telah diberi taklimat oleh pegawai yang akan mengiringi kami sepanjang pengembaraan kami. Setelah taklimat diberi, kami memulakan pengembaraan bagi mempelajari tentang etnik-etnik di Sabah. 

"Hensem lah plak mamat yang bagi taklimat nie,,,hahaha(ketawa gatal)"

Sebelum kami mengexplore Mari-mari Cultural Village ni, kami diingatkan supaya tidak memasukkan tangan di dalam poket dan membuat bising if not kami akan diserang oleh  penduduk di sana. Glurppppppp...telan air liur sekejap. 

Q:Kenapa tangan x boleh masuk dalam poket???
A:Sebab nanti penduduk kat situ akan ingat kita bawa sesuatu yang yang boleh mengancam nyawa mereka. (Okey da mula rasa nak balik semula ke bas, rasa cuak lah plak.)

Kami dibahagikan kepada dua kumpulan besar. Maka bermulalah penjelajahan kami,,,hahaha..eh x boleh ketawa la, nanti orang Murut marah. Silent mode seketika. Tiba-tiba muncul wanita berpakaian hitam bertongkat dan menutup mukanya jalan sekeliling kami sambil membaca mentera. (Dalam hati bermonolog: Ni ke nenek kebayan???),,,,Gurllllpppppp....telan air liur sekali lagi, aku baru nak seluk poket ambil hp tapi x jadi...Dah la waktu da nak masuk maghrib, memang rasa nyawa terancam bila tiba2 beberapa orang lelaki keluar dengan muka yang bengis dan bercakap dalam bahasa yang kami x faham. Tempat apa nie???Gambarannye seperti korang tersesat di dalam hutan yang mana korang ditangkap oleh sekumpulan kanibal yang dahagakan darah manusia...Apa nie???Kecuakkan mengganda,,,huhuhuhuhu

OK FINE!!!!Gimik pembukaan rupanya. Kurang asam betol, lina ingat lina dah berada dalam situasi filem The Hills Have Eyes dah tadi..Memang mantap dan terbaik lah lakonan korang. Kalau masuk Istana Budaya ni memang pecah panggung laa,,,hahahaha

Mula-mula kumpulan kami dibawa ke tempat penyediaan arak beras. Ingat ye kawan-kawan, muslimin & muslimat tak boleh minum. Haram.!!!!Menariknya arak tu dituang dalam cawan yang diperbuat dari buluh, sesuatu yang jarang kita jumpa di zaman moden nie.

Kami nampak gadis-gadis cantik sedang memasak sesuatu. Demostrasi memasak rupanya, dalam kumpulan kami, Dayah, Mentor & Osama volunteer nak try masak. Kami pon sama2 tolong masak ayam dalam buluh, makanan tradisonal orang Murut mungkin. Ok tinggalkan seketika makanan itu untuk dimasak seperti lemang & gadis-gadis cantik akan tolong hidangkan makanan tu at the end of journey. hehehe

Ok, seterusnya ke rumah panjang. First time masuk rumah panjang dan kami disambut oleh beberapa demonstrater yang berpakaian tradisional.Kat sini kami diajar cara-cara menghidupkan api menggunakan buluh. Bukan sembarangan buluh tau. Geseran antara buluh tu akan menghasilkan haba dan bila haba semakin panas maka api dapat dihidupkan ...Haa betul ke???hahaha..Lina pun ingat2 lupa ja,,wink3~~Hmmm kali ni Mentor berjaya hidupkan api, apa lagi memang kecoh la budak sorang nie...Bagilah tepukan sikit'n, bukan senang nak hidupkan api tu'n..hahaha
Kami juga berkesempatan belajar cara-cara menyumpit. Biasanya tengok dalam TV je tapi kali ni real punya. Pastinya lina teruja nak cuba, then finally sasaran x mengena. Cuba lagi tahun depan...hehehe


Lina try minum air pandan yang di masak atas dapur kayu...Sedap gak,,,Khasiatnya lina dah lupa laa,,yang pasti kalo yang susah tido tu ley try minum air ni, maybe membantu untuk korang dpt tidu yang berkualiti..nnt kat rumah lina nak try buat & tengok effectnye ye, (^_^)

Kami join permainan tradisonal mereka tau.Memang riuh rendah dan gamat suasana waktu tu. Main lompat-lompat dalam rumah, seronok sangat tapi lina x join sebab lina x larat nak lompat sebab perut dah lapar. Huhuhu..Tapi lina tetap enjoy tengok kawan-kawan main, happening sangat. Haaa lagi satu kat sini ada demonstrasi buat tatu jugak tau, nasib baik tatu temporary..  Tatu nie unik ukirannya tapi yang ni pun lina x try sebab yang buat tatu tu lelaki.

Kemuncaknya, kami telah dihiburkan pula dengan persembahan tarian tradisional etnik-etnik di Sabah. Tarian-tarian macam nie memang kita jarang jumpa di semenanjung, memang bertuah kami dapat join program macam ni. At the end tu, kami pon menari sekali.Semangat mencuba tu penting ok (^_^) Selain dari kami, ramai juga pelancong-pelancong dari luar yang datang, memang gamat malam tu. Enjoy sangat (^_^)

Setelah itu, kami dijamukan pula dengan jamuan makan malam yang mana kami dihidangkan makanan tradisonal etnik-etnik di Sabah. Tepu gila perut waktu tu, banyak gila kami makan lebih2 lagi makanan free nie. Hehe,,Eh makanan yang kami masak tadi dah dihidangkan, not bad la masakan budak-budak MTM ni. Family MTM Lina nie memang suka memasak, baik girls mahupun boys, masing-masing ada skill memasak. Dah jadi hobi kami di masa lapang sekarang,,,(^_^)
Bagi kami peluang untuk mengembara di ‘Mari-Mari Cultural Village’ amat kami hargai dan pengalaman kami disini tidak dapat kami lupakan dan semestinya akan kami kongsikan bersama rakan-rakan yang lain...Itu janji kami kepada pihak penganjur...Semoga kawan-kawan dapat sedikit sebanyak info tentang masyarakat di negeri Sabah ni ye (^_^)


Oh sebelum tu Lina nak beritahu mamat hensem yang bagi taklimat masa mula2 & speaking English fluently tu rupanya budak lepasan SPM..OMG, adik lagi...Hahaha..X de jodoh la ngan orang Sabah nampaknya T_T   

Thank You Sabah Tourism Board Kerana Sudi Menaja Kami (^_^)

No comments:

Post a Comment