Terjemahan rumi | Arab | Sebutan |
---|---|---|
1. "Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani" | بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم | Bismi Llâhi r-rahmâni r-rahîm |
2. "Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam" | ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِين | Al-hamdu liLlâhi rabbi l-`âlamîn |
3. "Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani" | ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم | Ar-rahmâni r-rahîm |
4. "Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat)" | مَـٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين | Mâliki yawmi d-dîn |
5. "Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan" | إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ | Iyyâka na`budu wa'iyyâka nasta`în |
6. "Tunjukilah kami jalan yang lurus" | ٱهْدِنَا ٱلصِّرَ ٰط ٱلْمُسْتَقِيمَ | Ihdina s-sirâta l-mustaqîm |
7. "Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat" | صِرَ ٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ | Sirâta llazîna an`amta `alayhim ghayri l-maghdhûbi `alayhim wala dh-dhâllîn |
Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi,
Entry kali ni Lina nak share dengan kawan2 mengenai surah Al-Fatihah. Setiap hari dalam solat kita membaca Al-Fatihah
Subuh 2 kali
Zuhur 4 kali
Asar 4 kali
Maghrib 3 kali
Isyak 4 kali
Bila dijumlahkan semuanya ada 17 kali...Al-Fatihah ni banyak fadhilat dan khasiatnya. Antaranya:
- Untuk menjaga keselamatan diri
Jika surah Al-Fatihah itu dibaca satu kali dan surah ikhlas berserta surah Mu'awwidzatain (Al-Falaq dan An-Naas) sewaktu akan tidur. Maka akan terjaga dari segala yang dibenci selain mati.
Supaya bahagia dan selamat
- Supaya banyak kebaikan dan hilang kesusahannya
Jika surah Al-Fatihah itu dibaca 7 kali setiap selesai solat fardhu. Maka diberi banyak kebaikan dan dihilangkan kesusahannya baik urusan dunia mahupun akhirat.
- Sebagai ubat dari segala penyakit
Diceritakan dari Ibnu Abbas r.a. Ketika Sayyidina Hassan bin Ali r.a. sakit, lalu Rasulullah SAW membaca surah Al-Fatihah pada air sebanyak 40 kali. Kemudian air itu disapukan ke muka Hassan bin Ali, disapukan kepalanya, tapak kaki dan tangannya. Maka segera sembuh dengan berkat pertolongan Allah.
- Untuk menghilangkan kerisauan
Termasuk khasiat surah Al-Fatihah lagi adalah, jika ditulis pada piling lalu dilebur dengan air dan diminumkan kepada orang yang hatinya risau atau gelisah, maka Insya-Allah dapat sembuh.
Ni sebahagian khasiatnya, sbnrnya ada byk lagi, so rajin2lah buka Google search mengenai Al-Fatihah nie, dapatlah kita sama2 mengamalkannya..inshaAllah (^_^)
Masa Lina pergi kursus pra perkahwinan baru2 nie, ustaz ada beritahu mengenai klinik al-Fatihah..tujuannya adalah untuk membantu muslimin dan muslimat memperbaiki bacaan Surah Al-Fatihah. Tengok tu, siap ada buka klinik lagi..Tapi sayang sambutannya agak kurang memuaskan..Lina sendiri pun x pernah pergi lagi..Actually kat kolej Lina ni ada buka kelas tajwid setiap hari Isnin lepas Maghrib tapi Lina x berkesempatan lagi untuk pergi...For future, Lina akan cuba luangkan masa untuk join (^_^)
Ni Lina nak share hasil carian Google mengenai nama-nama syaitan dalam Al-Fatihah bila tidak sempurna bacaan kita.... Kegagalan membaca surah al-fatihah dengan baik akan menyembabkan ibadah solah yang dilakukan kurang sempurna.
Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita.
Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud di dalam Al-Fatihah,
sekiranya kita tidak berhati-hati.
Nama syaitan:
1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH
2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB
3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU
4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK
5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS
SIROTHOLLAZI.............
AMIN — hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA — dua sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti. harakat, MIN— 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat.
1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH
2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB
3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU
4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK
5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS
SIROTHOLLAZI.............
AMIN — hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA — dua sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti. harakat, MIN— 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat.
Insya-Allah. semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya
Jadi marilah kita bersama-sama memperbaiki kekurangan bacaan kita...
No comments:
Post a Comment