Saturday, March 12, 2011

::Bilikku di Blok Merpati::

Hari ini hari Sabtu..aku memang nk rehat gler2. nak kuar pon malas...duk kat bilik je...study?lab reports?oh no aku malas nak buat hari ni..sepanjang hari m'habis'n masa m'hdp blog, kuar p beli mknn pon malas..sanggup mkn maggi kari..nyummmyyyy...hehehe..malang la sape kawen ngn ko Lina sbb dapat org malas mcm ni..kuikuikui..ala relax laaa...I need only one day per week to memalas2'n diri...ok what...hihihihi

Ni bilik Lina, bese hari2 Lina kemas tapi hari malas...basuh baju pun malas..tido pon malas...makan pon malas...entah apa2 kan..hmmmm ye la dulu duk blok Rajawali ramai kawan, ni dah pindah blok yg kurang penghuninya cmni laa...sape je nak tegur, akak cleaner tu rajin la tegur Lina, kalo x tegur pon at least dia senyum...baru la rasa ada manusia kt cni..hehehe


Kat bilik ni Lina duduk sorang2...mula2 nak duk ngn Dayah tapi meja study ada satu je, so terpaksa la Lina duk sorang2...sunyi tau x...
Sudut bacaan ala2 jepun tp x prnh pon study kt meja nie..hehe
Setakat ni tasha la yang paling rajin datang bilik Lina..bila ada dia mmg banyak cite laa..bese dlm seminggu at least sekali Tasha akan dtg sini..kdg2 datang jenguk, dtg ajak p mkn n dtg teman Lina tido...Kak Ira pon akan dtg cni ble ada gap lecture tghari..Lina suka org dtg bilik Lina sbb Lina rasa sgt bosan duk sorang=(..Ye la ada dua katil tapi orgnye ada sorang je...Kadang2 ada gak timbul rasa seram bila teringat bdk2 ni cite blok yg Lina duk ni keras..Alhamdulillah Lina x jumpa benda2 pelik n harap takkan jumpa...
Ini katil untuk tetamu2 yang datang bilik

Nama teddy bear Lina, LULU..nama nie miela yang bagi...bese tido ngn Lulu tapi akhir2 ni rasa semacam je so Lina letak Lulu kat hujung katil...Lina penat sgt kot sbb tu banyak t'bayang yang bukan2...huuuu

Ni meja study utama..hmmm bese byk m'hdp FB je kt cni..ngeee
Buah epal ni da tinggal satu skrg
Ini white board yg dibalut pashmina UPM..hehe
Almari baju pertama & rak kasut

Almari baju Lina nie kecik ckt dr almari kat blok Rajawali..sbb tu x muat..dah ada 2 almari pon still x muat..tapi bila tgk2 baju blouse yang ada x de la byk mana pon..t-shirt byk tp Lina jarang pakai t-shirt..
Almari baju kedua...Serabut sbb Lina mmg malas nk kms baju

Ni katil kedua
Ini door gift & anugerah dari budak Rajawali sempena MFY untuk Lina..Kreatif..Suka sangat (^_^)

Sejadah hijau ni hadiah dari SMABI masa dpt anugerah best student..Sampai sekarang Lina guna=)
Ni makanan2 Lina, x banyak sbb Lina x sempat nk shopping brg2 makan
Ni katil Lina masa tgh serabut
Nie la jadi bila last minit study


Walaupun Lina rasa kesunyian duk cni Lina tetap suka duk bilik nie..Lina x suke tido bilik orang melain'n kalau terpaksa..So bila da tension2 n penat dapat balik bilik rasa lega sikit...Bilikku Syurgaku (^_^)

::Ahli Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Kedua UPM 2010/2011::

Post sebelum turun board coz tak lama lagi kt laman web k2 dah ganti dengan bakal2 pemimpin baru (^_^)
MAJLIS TERTINGGI MAHASISWA
KOLEJ KEDUA
SESI 2010/2011
Presiden
Mohammad Nazri bin Abdul Bahari
Timbalan
Presiden I

Sharol Hafizi bin Jamaludin
Timbalan
Presiden II

Zuhairah Hayati binti Hared
Setiausaha I
Nur Hidayah binti Hamzah
Setiausaha II
Noor Farisha binti Abd.Rahim

Bendahari I
Nor Amalina Binti Mahamad Norizan
Bendahari II
Tan Gay Fong
Pengerusi Blok Enggang
Nurhilmiyani binti Ismail
Pengerusi Blok Raja Udang
Mohd Khairi bin Muhamad
Pengerusi Blok Rajawali
Arini Nuran binti Mohd Rashidi
Sekretariat Pembangunan Sahsiah & Integrasi
Muhammad Syafiiq Bin Saari
Sekretariat Pembangunan Sahsiah & Integrasi
Noor Hidayah Binti Abdul Rahman
Sekretariat Pembangunan Sahsiah & Integrasi
Looi Qi Hao
Sekretariat Kebudayaan
Nur Afiqah binti Azali

Sekretariat Kebudayaan
Muhamad Nadzmi bin Omar
Sekretariat Penerbitan & Teknologi Maklumat
Nur Sadrina binti Mohamad
Sekretariat Penerbitan & Teknologi Maklumat
Khairul Fikri Bin Danari
Sekretariat Keusahawanan
Khairul Aswad bin Abdul Wahab
Sekretariat Keusahawanan
Muhammad Fadzli bin Mohamad Nasir
Sekretariat Akademik
Mohd Khaizarul Hanafi bin Jamal
Sekretariat Akademik
Nurul Natasha binti Rosman
Sekretariat Sukan & Rekreasi
Muhamad Faiz bin Muhamad Pauzi
Sekretariat Sukan & Rekreasi
Iffah Nabilah binti Mohd Ariff
Sekretariat Sukan & Rekreasi
Osama bin Abdul Nasir
Sekretariat Pengantara-
bangsaan dan
Alumni

Mohamad Shafiq bin Adnan
Sekretariat Pengantara-
bangsaan dan
Alumni

Hanisah binti Md. Shamshuri
Sekretariat Keselamatan dan Kebajikan
Muhammad Islah Bin Ishak
Sekretariat Keselamatan dan Kebajikan
Nur Sharmila Binti Sharip
Sekretariat Keselamatan dan Kebajikan
Nurasyikin Binti Abdul Razak

Tuesday, March 8, 2011

Syaitan dan Tugas-tugasnya

Assalamualaikum, 
Lina nak share dengan kawan-kawan mengenai nama2 syaitan dan tugas2nya..Mungkin ramai yang dah tahu, tapi ada juga yang tak pernah tahu...Kebetulan Ustaz kat kursus pra perkahwinan brthu ttg ni..Lina sendiri pon dah x ingat sangat walaupun pernah sekolah agama 5 tahun..huhu..Dalam FB, Lina ada 702 friends after dah byk name yg Lina delete n tapis friend requestnya,,Sorry, Lina mmg x accpet semua orang jadi friends Lina..Privacy (~_^) Terima kasih kepada kawan2 yang singgah dan baca perkongsian ilmu nie..Semoga kita sama2 mendapat pahala atas perkongsian ini..InshaAllah (^_^)
  
Ini nama-nama syaitan, musuh manusia:
Khanzab
  • Adalah syaitan yang mengganggu umat islam dalam solat. 
(masa dalam solat tiba-tiba kita teringat perkara2 duniawi...kadang2 ingatan kita yg dah bertahun pon datang waktu solat)

Walhan
  • Adalah syaitan yang menggoda orang yang berwudhu dan membisik sesuatu.
(Ni lah syaitan yang selalu buat kita was-was dalam wudhu, selalu gak kena kacau ngn setan ni)

Dasim 
  • Adalah syaitan yang mengganggu kaum keluarga dan rumah.
(Suami isteri bergaduh, anak2 menengkin ibu bapa..ini lah syaitan yg berupaya menghasilkan Tanggang2 moden)

Abyadh
  • Syaitan ini adalah syaitan yang paling buruk kerana tugasnya adalah menggoda para nabi.
(Nabi pon syaitan2 goda, ni'n plak kita manusia biasa...sekarang ngah duduk relax agaknya sbb x de keje)

Zalanbur
  • Syaitan yang menggoda umat islam di pasar untuk membuat perkara yang sia-sia, menyumpah,
berkata dusta dan memuji barang dagangannya

(Astaghfirullahalazim,,,syaitan yg banyak kat shopping complex)

Bathar
  • Menggoda orang yang ditimpa masalah. Membisik orang itu supaya mencakar wajah, memukul pipi dan merobek pakaiannya sendiri.

Al-Awar
  • Syaitan ini menggoda orang untuk melakukan zina antara lelaki dan perempuan.
(Zina itu dosa besar...Berhati-hatilah couple2 sekalian sebab anda sedang digoda oleh Al-Awar, minta dijauhkan)

Mathus 
  • Syaitan ini menghasut manusia untuk menyebarkan fitnah.
(Tersangatlah banyak fitnah di dunia ni)

Dasim 
  • Syaitan ini akan bersama dengan orang yang masuk rumah tanpa memberi salam dan mendahului kaki kanannya ketika masuk. syaitan ini juga makan bersama orang yang makan tanpa mengucapkan bismillah dan orang yang makan dengan tangan kiri.
  •  

    AL-FATIHAH & NAMA SYAITAN DALAM AL-FATIHAH

     
    Terjemahan rumi Arab Sebutan
    1. "Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"
    بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
    Bismi Llâhi r-rahmâni r-rahîm
    2. "Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam"
    ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِين
    Al-hamdu liLlâhi rabbi l-`âlamîn
    3. "Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"
    ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
    Ar-rahmâni r-rahîm
    4. "Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat)"
    مَـٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين
    Mâliki yawmi d-dîn
    5. "Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan"
    إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
    Iyyâka na`budu wa'iyyâka nasta`în
    6. "Tunjukilah kami jalan yang lurus"
    ٱهْدِنَا ٱلصِّرَ ٰط ٱلْمُسْتَقِيمَ
    Ihdina s-sirâta l-mustaqîm
    7. "Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat"
    صِرَ ٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ
    Sirâta llazîna an`amta `alayhim ghayri l-maghdhûbi `alayhim wala dh-dhâllîn

    Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi,
    Entry kali ni Lina nak share dengan kawan2 mengenai surah Al-Fatihah. Setiap hari dalam solat kita membaca Al-Fatihah
    Subuh 2 kali
    Zuhur 4 kali
    Asar 4 kali
    Maghrib 3 kali
    Isyak 4 kali
    Bila dijumlahkan semuanya ada 17 kali...Al-Fatihah ni banyak fadhilat dan khasiatnya. Antaranya:

    • Untuk menjaga keselamatan diri 
    Jika surah Al-Fatihah itu dibaca satu kali dan surah ikhlas berserta surah Mu'awwidzatain (Al-Falaq dan An-Naas) sewaktu akan tidur. Maka akan terjaga dari segala yang dibenci selain mati.
    Supaya bahagia dan selamat

    • Supaya banyak kebaikan dan hilang kesusahannya
    Jika surah Al-Fatihah itu dibaca 7 kali setiap selesai solat fardhu. Maka diberi banyak kebaikan dan dihilangkan kesusahannya baik urusan dunia mahupun akhirat.
     
    • Sebagai ubat dari segala penyakit
    Diceritakan dari Ibnu Abbas r.a. Ketika Sayyidina Hassan bin Ali r.a. sakit, lalu Rasulullah SAW membaca surah Al-Fatihah pada air sebanyak 40 kali. Kemudian air itu disapukan ke muka Hassan bin Ali, disapukan kepalanya, tapak kaki dan tangannya. Maka segera sembuh dengan berkat pertolongan Allah.
     
    • Untuk menghilangkan kerisauan
    Termasuk khasiat surah Al-Fatihah lagi adalah, jika ditulis pada piling lalu dilebur dengan air dan diminumkan kepada orang yang hatinya risau atau gelisah, maka Insya-Allah dapat sembuh.
     
    Ni sebahagian khasiatnya, sbnrnya ada byk lagi, so rajin2lah buka Google search mengenai Al-Fatihah nie, dapatlah kita sama2 mengamalkannya..inshaAllah (^_^)
     
    Masa Lina pergi kursus pra perkahwinan baru2 nie, ustaz ada beritahu mengenai klinik al-Fatihah..tujuannya adalah untuk membantu muslimin dan muslimat memperbaiki bacaan Surah Al-Fatihah. Tengok tu, siap ada buka klinik lagi..Tapi sayang sambutannya agak kurang memuaskan..Lina sendiri pun x pernah pergi lagi..Actually kat kolej Lina ni ada buka kelas tajwid setiap hari Isnin lepas  Maghrib tapi Lina x berkesempatan lagi untuk pergi...For future, Lina akan cuba luangkan masa untuk join (^_^)

    Ni Lina nak share hasil carian Google mengenai nama-nama syaitan dalam Al-Fatihah bila tidak sempurna bacaan kita.... Kegagalan membaca surah al-fatihah dengan baik akan menyembabkan ibadah solah yang dilakukan kurang sempurna.

    Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita.
     
    Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud di dalam Al-Fatihah,
    sekiranya kita tidak berhati-hati.
    Nama syaitan:
    1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH
    2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB
    3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU
    4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK
    5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS
    SIROTHOLLAZI.............
    AMIN — hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA — dua sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.
    harakat, MIN— 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat.
    Insya-Allah. semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya
     
     
    Jadi marilah kita bersama-sama memperbaiki kekurangan bacaan kita...

    Sunday, February 6, 2011

    Kegembiraan, Keserabutan & Terkilan


    Alia

    GEMBIRA BILA......
    Esok Alia nak daftar Sekolah kat SBPI Kuantan...Diam2 ubi je adik aku tu...Alhamdulillah dia dapat straight A PMR 2010...Dia ni bukan kaki study, sebiji perangai aku...hahaha..Adik aku yang sorang ni aktif ngn kadet polis, bola tampar & olahraga..Macam2 aktiviti lasak yang dia masuk...Sayang gak dia nak tinggalkan sekolah muadzam shah...Orang yang paling happy mestilah abah n mak...Kira Alia dah ikut jejak langkah abah study kt kuantan, cuma abah dulu study kt SMAT Kuantan..Abah siap offer Alia set golf abah lagi coz kat situ ada pdg golf..Jeles plak, padahal aku x mnt golf pon...hahaha...Mak beli dua biji kek cokelat utk celebrate Alia & aku cuma mampu buat dadih strawberry n chocolate + steamboat tom yam...Hadiah nnt tuntut bila along da keje nnt k..hehe...Aku harap die enjoy study kat situ & get straight A for SPM plak...Good Luck Alia (^_^)
    My Cake (^_^)

    Dadih 2 Layer: Strawberry & Chocolate


    Syamim dah semakin pulih...Alhamdulillah..Cuma skrg ni kene banyak jaga hati dia, almaklumlah sensitif..cuma aku je yg x jaga hati die, suke cari pasal kot...hehe..cian dia hari2 kene makan ikan haruan, kene berpantang makan & jadual pemakanan dikawal ketat oleh mak..timing makan ubat pon kene ikut schedule.. mcm cikgu disiplin dah mak aku nie...hahaha...Sepanjang Syamim di wad adik aku Syahir yg paling banyak jaga Syamim, Alhamdulillah aku happy sgt2 sbb kami adik beradik bersatu disaat2 mcm ni..family first & ukhwah kami yg erat bertambah erat..Sayang adik2 sangat2...
    Hmmm bese tiap2 mlm before tido aku akan selimut'n syamim tapi malam nie x dpt la...alamak da rindu kat deorang laaa
    Saat2 Kritikal

    Angah yang setia

    Amim & Sue (gfren angah)

    Latihan pernafasan


    Dah abes baca Novel Denyut Kasih Medik~Dr Farhan Hadi sepanjang jalan jammed tadi...Rugi sapa x baca buku nie,,nnt aku share story die k=)

    SERABUT............
    Mengenangkan dua lab report yang x siap
    Aku punya bacteria da dekat sebulan x subculture
    Kecenderungan untuk online lbh dr kecenderungan utk study
    Thesis senior x pulang kat biotech3 lg, dah 6 bulan kot x hantar..bapela kene bayar nie..nsb ko la amalina
    Aku x study satu apa pon lagi untuk test 1
    Kain baju ada lagi yg x basuh
    Bilik x bersapu
    MASALAH BESAR SELAGI BILIK AKU X KEMAS & X SAPU SELAGI TU AKU X DE MOOD NAK STUDY!!!!


    TERKILAN BILA....
    Aku x dapat attend wedding kakak Shasha..sorry shasha=(
    X attend cousin bertunang
    X dapat peluk mak puas2 pagi tadi
    Berleter kat abah sbb x suka naik bas ting tong, tiket bas da abes maa (Sorry Abah)