Friday, September 14, 2012

Blok & Makanan

Jemput bilis kangkung sambil layan love rain

Bubur kosong + kangkung celur + budu...shedappp

Laksa Penang..errr yg ni rumet beli kat pasar malam..hehehe
Sardin p+ ulam tomato & kacang panjang
Lady Bird Yang Comel..Thanks Payyah & Sasa ^^
Sekarang Lina dah masuk semester kedua for Master Research kat UPM..Lina prefer masak sendiri..tapi bila bizi nanti x tau la masak ke x..ni pun guna apa yang ada sahaja..lauk bujang tu pasal simple gler..suruh masak nasi ayam, nasi beriyani, nasi arab & yang berat2 tu memang x pandai lah..nanti lah belajar dengan mak mentua kan..hehehe

Habbatus Sawda campur Madu

Sarapan

With love ~my Omma ^_^


Sebelum Lina balik ke UPM, mak Lina bekalkan Madu, Habbatus Sauda, Olive Oil, Spirullina & capsule Gingko Biloba. Banyak betul supplement yang mak bagi. Tapi tu perkara biasa sebab Lina memang "lembik" sikit, mudah letih, pening2, bila datang bulan selalunya kene senggugut, gastrik, cepat lapar (sebab metabolisma tinggi kot) dan berat badan mudah turun. Dari Lina kecil lagi Lina selalu ada gangguan kesihatan especially bila x jaga makan. Lina x boleh makan banyak dalam satu masa sebab Lina akan muntah tapi Lina cepat lapar lagi2 bila banyak membaca & berfikir.

Lina x usik lagi Habattus Sauda nie, so Lina pun search la kat Google untuk tengok kelebihan habbatus sauda nie. Madu memang Lina selalu minum, bila rajin Lina buat susu campur madu, minum madu yang pekat masa bangun pagi boleh buat Lina muntah sebab manis sangat. So, Lina akan campur madu dengan air suam atau susu suam.

Jaga pemakanan seharian itu sangat lah dituntut. Tubuh kita ni Allah bagi kita pinjam, so kita kena jaga apa yang Allah pertanggungjawabkan kat kita. Syukur atas nikmat sihat yang Allah kurniakan.

Khasiat Madu/Honey

Nutrients: vitamin A,B1, B2, C, calcium, ferum, magnesium, sodium, potassium, sucrose & fructose. 

Rasulullah S.A.W bersabda:-

“Barang siapa yang menjilat madu 3 kali di dalam sebulan, maka di hindari dari penyakit berat” (Abu Hurairah)

“Gunakanlah dua penawar, ia itu Al-Quran dan Madu”. (Abdullah Bin Ma’ud)

Riwayat dari Saidina Ali r.a. :- “Sebaik-baik (semulia) minuman adalah Madu”.
 

Untuk sesiapa yang selalu kena senggugut (period pain)/ period tidak teratur: 
Baca ayat dalam surah an-Nahl ayat 69 pada madu dan minum. 

"Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau (lebah) sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir." (An-Nahl ayat 69)

InsyaAllah sakit anda berkurangan atau x rasa  sakit dah (Lina pernah cuba..Alhamdulillah mujarab). Jadi lepas ni jangan makan pain killer k, bahaya untuk jangkamasa panjang.


al-Habbatus Sawda

"Tetapkanlah kamu dengan al-Habbatus Sawda. Ini kerana sesungguhnya padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali as-Saam (Maut)" (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah S.A.W mengamalkan al-Habbbatus Sawda dengan madu dan kurma. Seperti yang kita tahu madu dan kurma ada disebut di dalam al-Quran. Apa yang Rasulullah S.A.W amalkan memang sangat baik untuk kita. Selain amal ibadah dan akhlak Rasulullulah S.A.W, cara pemakanan Rasulullulah S.A.W juga perlu kita contohi. Beruntungnya kalau dapat buat research sambil mendalami al-Quran. Al-Quran petunjuk sepanjang zaman, selagi kita berpegang dengan al-Quran kita tidak akan sesat. 


Al-Quran surat cinta dari Allah. Menarikkan cara Allah tunjuk kasih sayang dan cintaNYA pada kita. Segala ilmu terkandung dalam al-Quran, ilmu Sains, ilmu agama, ilmu Syariaah semuanya terkandung dalam al-Quran. Kita perlu mengkaji dan mendaliminya...InshaAllah.

Boleh baca kelebihan habbastu sawda kt link ni: http://www.kedaibestari.com/2011/03/habbatus-sauda-madu.html

Nak copy paste bulat2 x berani coz takut kene saman plak kan sbb plagiarism..my lecturer always remind about plagiarism, jadi bila writing journal nanti jangan main copy paste je tau, put citation dan kalau ambil figures or tables kene minta permission dari researcher tu sendiri, siap signature sekali ~Prof. Tan Soon Guan (Research Methodology Class a.k.a my ex lecturer for Genetics subject..hehe)



Monday, September 10, 2012

Kepala sangat pening sebab x tahan bau perfume!!!
Esok start class utk sem 2
Semoga Hari Esok Lebih Baik dan Indah
Hati-hati menjaga hati

Thanks Kob a.k.a Khairi Muhamad for Open House tadi, sangat suka ^_^

Sunday, September 9, 2012

Jom Makan Pisang

Dole Pisang- Cavendis
Dulu masa kecik2, Lina suka ikut tok masuk kebun. Kebun pisang tok sangat lah luas. Tok bagi upah, korek satu lubang utk tanam pisang dpt rm3...hehe..tapi yg tu bese abang2 sepupu yg buat. Lina bese kutip limau nipis untuk dijual di pasar Pekan Bandar Diraja tu untuk tambah duit poket. Kadang2 masuk semak utk cari pucuk paku memandangkan Lina peminat nombor 1 bubur lambuk. Seriously, musim buah la yg paling seronok kt kg dulu. Pagi2 lagi bawa beg sekolah yg rosak (tok provide utk letak buah) p kutip durian kt pulau (nama panggilan utk kebun tok) sorang2. Jalan nak ke pulau tu ada batas, so Lina akan lari2 sambil berangan jadi puteri pakai gaun kembang konon2 nk lari jumpa putera raja kt ctu (imiginasi apa entah ini, memalukan betol..hihihi) Gigih nie dengan baju tidur n muka yg comot p pulau, sekali ternampak babi 2 ekor tgh berpacaran bawah pokok durian. Memang terkejut amat lah, nasib baik ku tidak diapa2kan sebaliknya babi2 itu berlari menghala ke Sungai Pahang. Kira ok lagi la jumpe babi dari jumpa ular kan. Nasib baik nmpak kulit ular je, kalo nmpak ular memang pengsan kt ctu..huuuu..BTW kene gigit pacat tu memang perkara biasa dan kene gigit lintah dikala banjir memang da jadi rutin,,,hahaha..Musim buah waktu banjir pon best gak. Dulu kt kg, tok tanam sayur2, pokok manggis, duku, rambutan, durian and paling penting pisang (sbb pisang mmg feveret tok sampai kdg2 ku muak sbb hari2 mkn pisang goreng, jemput pisang, pengat pisang, lempeng pisang etc yg berkaitan pisang yg m'buatkan pisang keluar dari list buah2an feveretku). Tapi kini pisang dah masuk dalam list pemakanan ku memandangkan pisang ni byk khasiatnya...cewah...Kelmarin duk baca blog kawan2 dan terjumpa lah article pasal pisang kt blog kawan yg sekadar dikenali di alam maya ini http://encikjazmie.blogspot.com/2008/12/pisang-oh-pisang.html So, semangat nak makan pisang terus membuak2, & now Lina tengah makan pisang sambil update blog..hikhikhik


Susu campur Madu

My Breakfast (Milk + Honey)
Lina ambil sarapan susu campur madu hari ni untuk kekal cergas sepanjang hari..erkkk poyo je..hihihi

Sekarang ni Lina tgh buat list makanan yang sihat dan berkhasiat memandangkan Lina perlukan stamina & high confident level bila berhadapan dengan benda2 bernyawa (manusia, bacteria, haiwan, serangga etc.), kerja (lab work) & study journals (seriously malas gila nak baca). Bila kita sihat, banyak aktiviti yang kita boleh buat, so hargailah nikmat sihat sebelum sakit ye kawan.

So, Lina nak share ckt pasal apa kepentingan susu + madu (not bermadu poligami tu ye)

Milk (main protein source)
Honey (main carbohydrate source)

1- Milk + honey ni sangatlah penting utk stamina kita supaya metabolisma dalam badan kita ni bertindak lebih effektif. Kecergasan amat diperlukan dalam kehidupan seharian supaya kita dapat berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara.

2-Anti aging. Bab ni perempuan memang suka, siapa x nak nampak muda dan cantikkan. High confident level bila berhadapan dengan orang sgtlah penting supaya korang dapat perform the best bila time present or meeting or dalam perbualan seharian. Bila kita confident, kita dapat stimulate benda2 positif dalam diri kita & otak kita akan berfikir benda2 yg more inovatif.

3-Anti bacterial.
Ley la apply wat masker kat muka coz ley bunuh bacteria dan melembapkan kulit. Untuk sesape yang ada masalah cirit birit dan intestine disorder disebabkan bacteria jahat (bese gram -ve bacteria), madu + susu dapat meneyembuhkan anda. InsyaAllah.

4- Bagi korang yang susah nak tidur, pengambilan susu suam bercampur madu ni dapat membantu anda tidur lebih lena sebab kandungan dalam madu dan susu ni bertindak sebagai penenang semulajadi. InsyaAllah, anda akan dapat tidur yang berkualiti. (6 jam tidur paling kurang ye)


Ni untuk bacaan tambahan: 
Doktor2 Zionis mendakwa daging kambing mengandungi kandungan cholesterol yg tinggi, padahal cholesterol daging kmbing jauh lebih rendah brbanding dgn daging ayam, lembu dll.
Selain itu, Doktor2 Zionis mengatakan makan hati ayam/lembu boleh menambah darah. Memang menambah darah tapi dalam organ dalaman lembu, ayam etc ni mengandungi banyak toksik. 1400 thn dulu, Nabi Muhammad s.a.w sudah mengatakn makruh memakan organ dalaman binatang. So, marilah sama2 kita mengkaji al-Quran dan Sunnah supaya kita tersesat jauh dari kebenaran.