Sunday, April 20, 2014


Lahir sebagai wanita Muslim adalah nikmat terbesar yang Allah anugerahkan untukku. Allah buka ruang dan peluang untuk aku kenal Dia. Memang aku pernah pegang title budak sekolah agama dulu tapi bila habis sekolah sarung kaki dan tudung labuh dah tinggal entah ke mana. Actually masa tu aku x suka certain budak2 yang bawa imej tudung labuh tapi mulut dan perangai tak mencerminkan akhlak sebenar seorang Muslim, disebabkan aku takut bila aku buat salah org label aku camtu aku pilih jadi budak perempuan biasa2 je, asal pakai tudung sudah. Masih terlalu mentah untuk menilai masa tu cz dulu pakai tudung labuh n sarung kaki sebab cikgu suruh. But at that time deep in my heart, one day I really want to cover my aurah properly bila aku mampu bawa title Muslimah yg baik cz bila keluar sekolah agama x bermakna kita tahu serba serbi pasal agama n certain tu berubah sbb protest kt cikgu dan mak ayah yg paksa deorang masuk sekolah agama. Tapi satulah aku teringat cikgu yg aku x berapa nak suka pernah pesan masa perhimpunan " Satu masa nanti awak akan berterima kasih kat cikgu sebab bila awak dah keluar sekolah nanti belum tentu ada yang nak jaga dan tegur aurat awak semua macam sekarang. " Dan hakikatnya betul apa yang cikgu cakap sebab bila dah keluar sekolah kita sendiri yang pilih jalan kita sama ada nk pilih jalan tarbiah atau sebaliknya.


Kalau dulu dengar tazkirah sbb tu termasuk dlm peraturan asrama (x pergi kene denda), skrg kena pandai cari tempat dan masa. Usrah, tazkirah kt uni ni mmg banyak je, depends pada kita nak join atau tak. Bila dah jauh dari mak ayah n cikgu2, masa tu lah kita kena pandai bawa diri dan pilih kawan dan jalan yg betul. Masa undergrad mak selalu tegur cara aku berpakaian, aku buat xtahu je. Keras gila hati kn padahal tutup aurat dgn sempurna tu perintah Allah, masa tu tahu je berdosa pakai baju ketat & tudung x tutup dada. Malu bila ingat semula. Masa 1st yr tu join gk la usrah lps tu off n memanjang bg alasan bizi dgn aktiviti kolej. Pernah masa terlibat dengan lakonan teater, ada sorang alumni ni tanya "Kamu sporting x? Boleh x kamu pegang (lelaki n perempuan) dia masa berlakon, nmpak real ckt" huuu..dlm hati (eh pegang laki perempuan tu kategori sporting ke? Lgsg x boleh nk hadam) dan nasib baik mmg sume org "x sporting" haha..selamat..x pegang lelaki perempuan pun boleh je berlakon n aku mmg minat teater..

Bila sambung Master, fasa hidup pun berubah. Masa tu tengok beberapa org junior tukar imej tudung labuh, ya Allah sejuknya hati tengok deorang. Tapi x de la rasa nk berubah lg sbb terbayang dlm locker byk baju kebaya n blouse yg x bape nk longgar, takkan nk buang kot, sayang.. Aku plak mmg jenis syg baju, duit scholar JPA pun byk spend utk beli baju....satu hari aku nak pergi mall, mak aku ada belikan blouse labuh tapi aku xde tudung matching. Then junior offer tudung dia tapi tudung tu tudung bidang 60. Mmg matching tp aku fikir byk kali nk pakai atau x. Tapi sbb dah xde pilihan aku pn pinjam lah, perghhhh malunya nk pakai tudung cmni, nnt apa org ckp...huuu..tiba2 masa jalan2 kt mall tu timbul perasaan yg aneh, rasa selamat, rasa macam xde mata2 jahat yg tgk kita, x tahu nk describe mcm mana. Tenang... I can conclude yg pakai pakaian yg menutup aurat tu buat kita rasa dilindungi. Bukankah agama Islam itu melindungi wanita? Subhanallah. Dan mulai hari tu aku niat nk berubah berpakaian ikut piawaian Islam. Nak berubah dari segi berpakaian tu pn bkn senang cz ada je yg ckp "awak nampak cantik pakai cam dulu" "awak nmpak tua lah pakai cmni" "boleh x awk pakai biasa2 je"...oh oh, semua org suka dipuji cantik kn tp bila ada yg ckp x cantik mesti rasa down kn, nk2 jenis yg selalu dpt pujian ni...huuu..nmpk x permainan hati kat situ? pokok pangkalnya depends pada kita...sebab bila nk berubah pasti ada ujiannya..aku rasa aku x sempurna sgt....tapi aku bertuah ada agama yang serba sempurna...Islam...aku bersyukur ada org yg bawa aku ke jalan menuju Allah, aku bersyukur Allah buka hati org2 sekeliling aku yg xjemu2 ingtkan aku yg selalu terlupa n lalai ni.. Nak berubah cara berpakaian pun byk dugaan inikan pula nk berubah jadi Muslimah solehah..banyak lagi yg kene belajar, rasa nk balik semula ke masa lalu utk betulkan kesilapan...bila kita buat dosa, ayah kita pun akn tanggung dosa tu..Along syg sgt kat Abah, Along xnak sebab Along Abah kena seksa...kasih syg mak dan abah x sepatutnya diganti dengan seksa di neraka, takutnya azab Allah..Ya Allah, semoga aku dan adik2 ku menjadi ladang pahala buat mak abah, berilah syurga buat mereka..berikanlah nikmat ketaatan mereka kepada Mu buat mereka didunia ini agar hati mereka sentiasa tenang menempuh ujian dari Mu...bila aku buat salah, aku harap sgt ada yg menegur, x jemu menegur cz sbg manusia biasa aku xlepas dari kesilapan..banyak lg benda nk kena jaga, hati ni sgt susah nk jaga...Solat dan percakapan lagilah perlu dijaga...proses tarbiah itu berperingkat2...byk lg step yg perlu dibuat...ku mohon maaf atas kesalahan dan kesilapan..semoga masih diberi ruang n peluang untuk betulkan diri dan dimaafkan. Nak Allah cakap dengan kita, bacalah al-Quran, tak faham makna ayat bertanyalah pada yang arif dan berbincang dgn org yg byk pengetahuan ttg agama...tenangkan hati dgn zikrullah...peringatan buat insan yg berdosa ini...

Monday, April 14, 2014

Cuti-cuti Melaka

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, weekend kali ni Lina dapat isi hujung minggu dengan best friend Lina, Shasha. Agak lama tak berjumpa sahabat yang seorang ni, maka terjebaklah dalam sesuatu yang tak dirancang. Rabu lepas Lina jumpa Sha kat Alamanda, biasanya bila kami dating Lina akan luahkan perasaan kat Sha tapi kali ni Lina nk ajak dia teman Lina tengok wayang semata sebab dah lama tak keluar dengan Sha and I need some entertainment, so kami tengok cite Divergent. Sha ajak ikut dia balik Melaka weekend tu, maka Lina pun free kan diri untuk join dia memandangkan Lina tahu memang Lina akan sia2kan masa kat rumah sewa di hujung minggu dengan menghadap laptop dan baca novel kemudian termenung dan tend untuk fikir benda-benda yang mungkin contribute to rasa resah dan sedih. Close friend amat dikehendaki memandangkan family jauh kat Pahang...hehe

Lina just tunjuk gambar2 kat sana je...nak cerita panjang2 macam malas..hahaha

Mini Malaysia & Asian Park
Budak xnak duduk diam

Selfie

Almari cermin ni memang sesuai untuk bdk sebesar Sofya

Biasa orang bawa bantal busuk tapi Sofya ni suka sangat kat selimut dia tu


Bestnya ada rumah macam ni


Zoo Melaka
Haipp Sofya x tengok camera

Sofya tengok White Rhino

Kesayanganku Shasha

Comel..tu je mampu ckp pasal budak pipi labuh ni

Bukan senang nk bergambar dengan budak kecik ni

Sofya dah mengantuk time nie

Macam mak-mak rasa..hehe

Pakai topi 5 minit lepas tu buang..haha

Tunjuk budak kecik ni Elephant

Ada tiger kat belakang tu..tgk Sofya memang x layan camera

Praktis pegang baby kecik..Ini adik Sofya, Aishah..pipi tembam macam Sofya gak..




Thanks to mak Sha, Mak Cik Ana yang masak sedap2. Pagi Sabtu masa bangun tidur kat rumah Sha, Lina ternampak penimbang bawah katil, apa lagi terus pergi naik atas penimbang laa...OMG 37.4 kg..berat makin turun ke apa ni...
Ahad malam tu Lina timbang berat lagi, ok berat naik 1.4 kg, 38.8 kg..ngeh3..dalam masa 3 hari boleh naik banyak tu memang prestasi yang agak membanggakan sbb azam tahun ni nak naikkan berat sampai 45 kg...ni semua atas sumbangan Mak Cik Ana yang sudi masak sambal sotong, ketam masak lemak, kerang rebus, telur itik masak lemak..lauk feveret tu, nak2 plak Mak Cik Ana ni orang Pekan Pahang, memang kene sangat dengan selera Cik Lina yang memang anak Pahang ni..hihi..tp satu je, Cik Amalina x pandai sgt nk ckp loghat Pekan..ngeeee


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ini entry blog Lina yang pertama untuk tahun 2014. Sekarang dah nak masuk pertengahan 2014. 1 Januari 2014 lagi perjalanan dimulakan dengan episod duka. Sesuatu yang tak pernah ada dalam fikiran Lina, tak pernah Lina pinta atau sesiapa pun yang meminta tapi siapalah kita untuk menidakkan ketentuan Allah, Percaya pada Qada' dan Qadar, rukun iman yang ke6. Perancangan dari Allah itu lebih baik, pengetahuan kita terbatas tetapi Dia Maha Mengetahui, Dia yang mencipta kita pastinya Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.

Dalam kesukaran mengharungi ujian hidup, Lina rasa bersyukur kerana punya keluarga dan sahabat baik yang setia untuk memberi sokongan dan semangat, selebihnya Lina kena berusaha untuk ubah diri Lina sendiri. Insha Allah akan berubah ke arah yang lebih baik. Mohon doa dari semua.

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?" ~Ar-Rahman~

Alhamdulillah. 

Yang menghargai kasih sayang,
Cahaya Harapan Kami