Sunday, April 20, 2014


Lahir sebagai wanita Muslim adalah nikmat terbesar yang Allah anugerahkan untukku. Allah buka ruang dan peluang untuk aku kenal Dia. Memang aku pernah pegang title budak sekolah agama dulu tapi bila habis sekolah sarung kaki dan tudung labuh dah tinggal entah ke mana. Actually masa tu aku x suka certain budak2 yang bawa imej tudung labuh tapi mulut dan perangai tak mencerminkan akhlak sebenar seorang Muslim, disebabkan aku takut bila aku buat salah org label aku camtu aku pilih jadi budak perempuan biasa2 je, asal pakai tudung sudah. Masih terlalu mentah untuk menilai masa tu cz dulu pakai tudung labuh n sarung kaki sebab cikgu suruh. But at that time deep in my heart, one day I really want to cover my aurah properly bila aku mampu bawa title Muslimah yg baik cz bila keluar sekolah agama x bermakna kita tahu serba serbi pasal agama n certain tu berubah sbb protest kt cikgu dan mak ayah yg paksa deorang masuk sekolah agama. Tapi satulah aku teringat cikgu yg aku x berapa nak suka pernah pesan masa perhimpunan " Satu masa nanti awak akan berterima kasih kat cikgu sebab bila awak dah keluar sekolah nanti belum tentu ada yang nak jaga dan tegur aurat awak semua macam sekarang. " Dan hakikatnya betul apa yang cikgu cakap sebab bila dah keluar sekolah kita sendiri yang pilih jalan kita sama ada nk pilih jalan tarbiah atau sebaliknya.


Kalau dulu dengar tazkirah sbb tu termasuk dlm peraturan asrama (x pergi kene denda), skrg kena pandai cari tempat dan masa. Usrah, tazkirah kt uni ni mmg banyak je, depends pada kita nak join atau tak. Bila dah jauh dari mak ayah n cikgu2, masa tu lah kita kena pandai bawa diri dan pilih kawan dan jalan yg betul. Masa undergrad mak selalu tegur cara aku berpakaian, aku buat xtahu je. Keras gila hati kn padahal tutup aurat dgn sempurna tu perintah Allah, masa tu tahu je berdosa pakai baju ketat & tudung x tutup dada. Malu bila ingat semula. Masa 1st yr tu join gk la usrah lps tu off n memanjang bg alasan bizi dgn aktiviti kolej. Pernah masa terlibat dengan lakonan teater, ada sorang alumni ni tanya "Kamu sporting x? Boleh x kamu pegang (lelaki n perempuan) dia masa berlakon, nmpak real ckt" huuu..dlm hati (eh pegang laki perempuan tu kategori sporting ke? Lgsg x boleh nk hadam) dan nasib baik mmg sume org "x sporting" haha..selamat..x pegang lelaki perempuan pun boleh je berlakon n aku mmg minat teater..

Bila sambung Master, fasa hidup pun berubah. Masa tu tengok beberapa org junior tukar imej tudung labuh, ya Allah sejuknya hati tengok deorang. Tapi x de la rasa nk berubah lg sbb terbayang dlm locker byk baju kebaya n blouse yg x bape nk longgar, takkan nk buang kot, sayang.. Aku plak mmg jenis syg baju, duit scholar JPA pun byk spend utk beli baju....satu hari aku nak pergi mall, mak aku ada belikan blouse labuh tapi aku xde tudung matching. Then junior offer tudung dia tapi tudung tu tudung bidang 60. Mmg matching tp aku fikir byk kali nk pakai atau x. Tapi sbb dah xde pilihan aku pn pinjam lah, perghhhh malunya nk pakai tudung cmni, nnt apa org ckp...huuu..tiba2 masa jalan2 kt mall tu timbul perasaan yg aneh, rasa selamat, rasa macam xde mata2 jahat yg tgk kita, x tahu nk describe mcm mana. Tenang... I can conclude yg pakai pakaian yg menutup aurat tu buat kita rasa dilindungi. Bukankah agama Islam itu melindungi wanita? Subhanallah. Dan mulai hari tu aku niat nk berubah berpakaian ikut piawaian Islam. Nak berubah dari segi berpakaian tu pn bkn senang cz ada je yg ckp "awak nampak cantik pakai cam dulu" "awak nmpak tua lah pakai cmni" "boleh x awk pakai biasa2 je"...oh oh, semua org suka dipuji cantik kn tp bila ada yg ckp x cantik mesti rasa down kn, nk2 jenis yg selalu dpt pujian ni...huuu..nmpk x permainan hati kat situ? pokok pangkalnya depends pada kita...sebab bila nk berubah pasti ada ujiannya..aku rasa aku x sempurna sgt....tapi aku bertuah ada agama yang serba sempurna...Islam...aku bersyukur ada org yg bawa aku ke jalan menuju Allah, aku bersyukur Allah buka hati org2 sekeliling aku yg xjemu2 ingtkan aku yg selalu terlupa n lalai ni.. Nak berubah cara berpakaian pun byk dugaan inikan pula nk berubah jadi Muslimah solehah..banyak lagi yg kene belajar, rasa nk balik semula ke masa lalu utk betulkan kesilapan...bila kita buat dosa, ayah kita pun akn tanggung dosa tu..Along syg sgt kat Abah, Along xnak sebab Along Abah kena seksa...kasih syg mak dan abah x sepatutnya diganti dengan seksa di neraka, takutnya azab Allah..Ya Allah, semoga aku dan adik2 ku menjadi ladang pahala buat mak abah, berilah syurga buat mereka..berikanlah nikmat ketaatan mereka kepada Mu buat mereka didunia ini agar hati mereka sentiasa tenang menempuh ujian dari Mu...bila aku buat salah, aku harap sgt ada yg menegur, x jemu menegur cz sbg manusia biasa aku xlepas dari kesilapan..banyak lg benda nk kena jaga, hati ni sgt susah nk jaga...Solat dan percakapan lagilah perlu dijaga...proses tarbiah itu berperingkat2...byk lg step yg perlu dibuat...ku mohon maaf atas kesalahan dan kesilapan..semoga masih diberi ruang n peluang untuk betulkan diri dan dimaafkan. Nak Allah cakap dengan kita, bacalah al-Quran, tak faham makna ayat bertanyalah pada yang arif dan berbincang dgn org yg byk pengetahuan ttg agama...tenangkan hati dgn zikrullah...peringatan buat insan yg berdosa ini...

No comments:

Post a Comment