Monday, April 14, 2014

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ini entry blog Lina yang pertama untuk tahun 2014. Sekarang dah nak masuk pertengahan 2014. 1 Januari 2014 lagi perjalanan dimulakan dengan episod duka. Sesuatu yang tak pernah ada dalam fikiran Lina, tak pernah Lina pinta atau sesiapa pun yang meminta tapi siapalah kita untuk menidakkan ketentuan Allah, Percaya pada Qada' dan Qadar, rukun iman yang ke6. Perancangan dari Allah itu lebih baik, pengetahuan kita terbatas tetapi Dia Maha Mengetahui, Dia yang mencipta kita pastinya Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.

Dalam kesukaran mengharungi ujian hidup, Lina rasa bersyukur kerana punya keluarga dan sahabat baik yang setia untuk memberi sokongan dan semangat, selebihnya Lina kena berusaha untuk ubah diri Lina sendiri. Insha Allah akan berubah ke arah yang lebih baik. Mohon doa dari semua.

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?" ~Ar-Rahman~

Alhamdulillah. 

Yang menghargai kasih sayang,
Cahaya Harapan Kami

 
 

No comments:

Post a Comment