Friday, September 14, 2012

Habbatus Sawda campur Madu

Sarapan

With love ~my Omma ^_^


Sebelum Lina balik ke UPM, mak Lina bekalkan Madu, Habbatus Sauda, Olive Oil, Spirullina & capsule Gingko Biloba. Banyak betul supplement yang mak bagi. Tapi tu perkara biasa sebab Lina memang "lembik" sikit, mudah letih, pening2, bila datang bulan selalunya kene senggugut, gastrik, cepat lapar (sebab metabolisma tinggi kot) dan berat badan mudah turun. Dari Lina kecil lagi Lina selalu ada gangguan kesihatan especially bila x jaga makan. Lina x boleh makan banyak dalam satu masa sebab Lina akan muntah tapi Lina cepat lapar lagi2 bila banyak membaca & berfikir.

Lina x usik lagi Habattus Sauda nie, so Lina pun search la kat Google untuk tengok kelebihan habbatus sauda nie. Madu memang Lina selalu minum, bila rajin Lina buat susu campur madu, minum madu yang pekat masa bangun pagi boleh buat Lina muntah sebab manis sangat. So, Lina akan campur madu dengan air suam atau susu suam.

Jaga pemakanan seharian itu sangat lah dituntut. Tubuh kita ni Allah bagi kita pinjam, so kita kena jaga apa yang Allah pertanggungjawabkan kat kita. Syukur atas nikmat sihat yang Allah kurniakan.

Khasiat Madu/Honey

Nutrients: vitamin A,B1, B2, C, calcium, ferum, magnesium, sodium, potassium, sucrose & fructose. 

Rasulullah S.A.W bersabda:-

“Barang siapa yang menjilat madu 3 kali di dalam sebulan, maka di hindari dari penyakit berat” (Abu Hurairah)

“Gunakanlah dua penawar, ia itu Al-Quran dan Madu”. (Abdullah Bin Ma’ud)

Riwayat dari Saidina Ali r.a. :- “Sebaik-baik (semulia) minuman adalah Madu”.
 

Untuk sesiapa yang selalu kena senggugut (period pain)/ period tidak teratur: 
Baca ayat dalam surah an-Nahl ayat 69 pada madu dan minum. 

"Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau (lebah) sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir." (An-Nahl ayat 69)

InsyaAllah sakit anda berkurangan atau x rasa  sakit dah (Lina pernah cuba..Alhamdulillah mujarab). Jadi lepas ni jangan makan pain killer k, bahaya untuk jangkamasa panjang.


al-Habbatus Sawda

"Tetapkanlah kamu dengan al-Habbatus Sawda. Ini kerana sesungguhnya padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali as-Saam (Maut)" (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah S.A.W mengamalkan al-Habbbatus Sawda dengan madu dan kurma. Seperti yang kita tahu madu dan kurma ada disebut di dalam al-Quran. Apa yang Rasulullah S.A.W amalkan memang sangat baik untuk kita. Selain amal ibadah dan akhlak Rasulullulah S.A.W, cara pemakanan Rasulullulah S.A.W juga perlu kita contohi. Beruntungnya kalau dapat buat research sambil mendalami al-Quran. Al-Quran petunjuk sepanjang zaman, selagi kita berpegang dengan al-Quran kita tidak akan sesat. 


Al-Quran surat cinta dari Allah. Menarikkan cara Allah tunjuk kasih sayang dan cintaNYA pada kita. Segala ilmu terkandung dalam al-Quran, ilmu Sains, ilmu agama, ilmu Syariaah semuanya terkandung dalam al-Quran. Kita perlu mengkaji dan mendaliminya...InshaAllah.

Boleh baca kelebihan habbastu sawda kt link ni: http://www.kedaibestari.com/2011/03/habbatus-sauda-madu.html

Nak copy paste bulat2 x berani coz takut kene saman plak kan sbb plagiarism..my lecturer always remind about plagiarism, jadi bila writing journal nanti jangan main copy paste je tau, put citation dan kalau ambil figures or tables kene minta permission dari researcher tu sendiri, siap signature sekali ~Prof. Tan Soon Guan (Research Methodology Class a.k.a my ex lecturer for Genetics subject..hehe)



1 comment:

  1. info yang bagus, jika berminat nk beli supplement makanan sunnah sila la singgah di blog saya :)

    ReplyDelete