Saturday, March 12, 2011

:::Buffet Steamboat @ MAEPS:::

Last week Lina pergi MAEPS ngn Tasha,Miela, Nisah, Mia, Gabo and Farkhan...Actually Tasha yang ajak pergi sana..Tasha kalau bab2 makan ni memang no 1...Restoran ni x jauh pon dari UPM, 5 minit pon boleh sampai tapi gara2 seorang gadis, kami lambat menuju ke destinasi..hahaha..sape lg kalo bukan Tasha yg punya tahap keyakinan terhadap jalan raya paling tinggi, satu peta Malaysia ni dia hafal kot..tu pasala lah leh t'sesat....hahahahaha...gurau je Tasha, jgn ambil hati ea....tapi serius lawak la mlm tu..hik3~~~

Lina pergi sana tumpang kereta Mia...Btw Lina x rapat sgt ngn Mia, so ada rasa segan ckt laa...Tapi dia ni baik je cuma muka dia nampak garang (bagi Lina la'n..hahaha) so Lina memang takot ckt nk ckp ngn dia..hihihihi...Ngan Farkhan pon Lina x pernah cakap tp dia mmg antara junior favourite la coz dia ni kategori budak2 surau (sama macam Syafiiq Severus si Comel)..Hmmm ngn Gabo pon x bese b'cakap gak tp dia ni ok la coz pandai melawak...hehehe

Heaven sangat!!!

Bab2 makan mmg x leh lawan tasha
Makan habis2an
Stimbot tom yam n sup berempah die memang sedap...Suggestion: Better korang kosongkan dulu perut, p toilet buang apa yg patut then baru la leh makan puas2..berbaloi RM20 yang korang bayar tu..sekali sekale apa salahnye'n...hehehe...


Korang boleh pilih mcm2 makanan laut. Ada pelbagai pilihan termasuk, ketam, kupang, udang, kerang dan sotong manakala untuk bertukar selera dan melengkapkan lagi khasiat makanan diambil pengunjung juga boleh memilih bebola ikan atau sotong, daging dan mengambil pelbagai jenis sayur-sayuran disediakan. (pergh ayat~hehehe Btw ni ayat dari En Ben Ashaari~, kebetulan Lina Google x perasan t'masuk blog dia hehehe)

Miela comel..Bobo Miela ada kat depan..hik3~~

Yummy

Rasa nak makan sekarang..Sedap!!!!

Korang cume perlu bayar RM 20.00 then korang makanlah sepuas hati..bukan setakat stimbot je, ada desert lain gak cam ABC, ice cream, buah etc laaa...banyak sgt hidangannya sampai x termakan...
Ni pinggan tasha..byk gler dia belasah udang..seronok tgk tasha makan::

Ehem2 wat apa tu Miela..siap plastik lg..tapau jangan tak tapau=)
Sedang m'gigihkan diri untuk abeskan makanan

Muka2 bahagia pas melantak gila2
Comelnya bas pink..ngeee~~


Lepas dah siap mengisi perut kami pon singgah sat kat tempat bas2 comel..bergambar la kejap, Mia pon layan je..nasib baik...hehe..pas2 kteorg pusing masjid MARDI, saja nk tengok tempat bdk2 laki selalu p smbhyg Jumaat... (^_^)..Gembiranya Lina dapat makan banyak2...BEST..nak pergi lagi~~

Thanks to En Syafique et al kerana sudi membawa kami2 ke MAEPS~btw gambar ni x diedit pon, entah cmne leh jadi cmni~~

FAKTA:

Semua hidangan enak di restoran ini disediakan oleh Hjh Maznah Food Industry Sdn yang berpengalaman cukup luas dalam industri makanan, termasuk sebagai pengeluar dan pengedar makanan sejuk beku, operator kantin dan perunding makanan dan majlis makanan.

Restoran itu kini diterajui anak pengasas syarikat itu, Firdaus Omar yang juga berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam bidang penyediaan dan penyajian makanan. Malah, Firdaus adalah bekas jurumasak berpengalaman selama 25 tahun yang pernah berkhidmat di hotel bertaraf lima bintang sama ada di dalam dan di luar negara.

Restoran itu tiada masalah untuk menerima kedatangan ramai pelanggan kerana keluasannya boleh menampung sehingga 500 pelanggan pada setiap masa. Untuk kemudahan pelanggan, tempat letak kereta percuma dan luas turut disediakan.
(http://www.benashaari.com/2010/07/restaurantmaeps-buffet-lunch-buffet.html)

3 comments:

  1. amboi~~~sedapnya membantaiku di sini..hahahahaahah
    xkesah pun....suka la bila igt blk..klakar.....

    ReplyDelete
  2. hehehehehe...luahan perasaan tasha...ngeeee~~~~

    Pengajaran untuk akan datang:Sila bezakan pintu Mardi and Pintu MAEPS ye..hik3~~

    ReplyDelete
  3. hahaha..yela....klu x jadi cam2 nnt kurang la klakarnya kan..huhu

    ReplyDelete