Showing posts with label Jalan-jalan Cari Pengalaman. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan Cari Pengalaman. Show all posts

Friday, January 14, 2011

Mari-Mari Cultural Village Sabah::Retreat MTM 2010/2011


Kali ni Lina nak bercerita pasal trip Lina ke Sabah bulan Jun tahun lepas. Oh trip ni merupakan retreat MTM yang baru naik board. Plan untuk ke Sabah ni dibuat dalam jangka masa yang singkat, kesian kat junior-junior MTM waktu tu sebab final year year MTM tak dapat tolong due too internship for 2 month. Masing-masing sibuk mencari sponsor untuk menaja program kami ni. By the way, program ni tetap berjalan dengan lancar dan memuaskan hati kami semua. Good Job!!!

Lawatan ke Mari-mari Cultural Village ni ditaja oleh Sabah Tourism Board (STB) & kami bertolak ke Mari-mari Cultural Village selepas mendengar taklimat dari Tengku Zainal Adlin selaku Pengerusi Sabah Tourism Board di STB. Tengku Zainal nie peramah & ceria orangnya, banyak pengalaman yang beliau kongsi bersama kami. Tengku Zainal menceritakan tentang keindahan dan keunikan negeri Sabah. Seriously Sabah is full with uniqueness, kepelbagaian diversiti spesis haiwan dan tumbuhan yang unik dan tak dapat di negara-negara lain serata dunia. Kalau dah tumbuhan & haiwan dah pelbagai microbes pon mesti pelbagai'n...hahahaha...Tiba2 teringat microbes, best friends budak2 fakulti kami. By the way, Tengku Zainal love travel & now I also love travel. Jauh perjalanan luas pemandangan (^_^)


So, jom baca story pasal Mari-Mati Cultural Village nie.‘ Mari-Mari Cultural Village’ terletak di Inanam yang mana 25 minit dari Kota Kinabalu. ‘Mari-Mari Cultural Village’ merupakan suatu tempat pelancongan yang menarik yang mana menyediakan kemudahan bagi para pelancong untuk mengetahui dan mempelajari tentang etnik-etnik di Sabah antaranya ialah etnik Bajau, Lundayeh, Murut, Rungus dan Dusun.

Kami tiba di ‘Mari-Mari Cultural Village’ pada jam 5.30 petang dan telah disambut oleh kakitangan ‘Mari-Mari Cultural Village’ dengan baik dan mesra sekali. Sebelum memulakan pengembaraan di Mari-Mari Cultural Village, kami telah diberi taklimat oleh pegawai yang akan mengiringi kami sepanjang pengembaraan kami. Setelah taklimat diberi, kami memulakan pengembaraan bagi mempelajari tentang etnik-etnik di Sabah. 

"Hensem lah plak mamat yang bagi taklimat nie,,,hahaha(ketawa gatal)"

Sebelum kami mengexplore Mari-mari Cultural Village ni, kami diingatkan supaya tidak memasukkan tangan di dalam poket dan membuat bising if not kami akan diserang oleh  penduduk di sana. Glurppppppp...telan air liur sekejap. 

Q:Kenapa tangan x boleh masuk dalam poket???
A:Sebab nanti penduduk kat situ akan ingat kita bawa sesuatu yang yang boleh mengancam nyawa mereka. (Okey da mula rasa nak balik semula ke bas, rasa cuak lah plak.)

Kami dibahagikan kepada dua kumpulan besar. Maka bermulalah penjelajahan kami,,,hahaha..eh x boleh ketawa la, nanti orang Murut marah. Silent mode seketika. Tiba-tiba muncul wanita berpakaian hitam bertongkat dan menutup mukanya jalan sekeliling kami sambil membaca mentera. (Dalam hati bermonolog: Ni ke nenek kebayan???),,,,Gurllllpppppp....telan air liur sekali lagi, aku baru nak seluk poket ambil hp tapi x jadi...Dah la waktu da nak masuk maghrib, memang rasa nyawa terancam bila tiba2 beberapa orang lelaki keluar dengan muka yang bengis dan bercakap dalam bahasa yang kami x faham. Tempat apa nie???Gambarannye seperti korang tersesat di dalam hutan yang mana korang ditangkap oleh sekumpulan kanibal yang dahagakan darah manusia...Apa nie???Kecuakkan mengganda,,,huhuhuhuhu

OK FINE!!!!Gimik pembukaan rupanya. Kurang asam betol, lina ingat lina dah berada dalam situasi filem The Hills Have Eyes dah tadi..Memang mantap dan terbaik lah lakonan korang. Kalau masuk Istana Budaya ni memang pecah panggung laa,,,hahahaha

Mula-mula kumpulan kami dibawa ke tempat penyediaan arak beras. Ingat ye kawan-kawan, muslimin & muslimat tak boleh minum. Haram.!!!!Menariknya arak tu dituang dalam cawan yang diperbuat dari buluh, sesuatu yang jarang kita jumpa di zaman moden nie.

Kami nampak gadis-gadis cantik sedang memasak sesuatu. Demostrasi memasak rupanya, dalam kumpulan kami, Dayah, Mentor & Osama volunteer nak try masak. Kami pon sama2 tolong masak ayam dalam buluh, makanan tradisonal orang Murut mungkin. Ok tinggalkan seketika makanan itu untuk dimasak seperti lemang & gadis-gadis cantik akan tolong hidangkan makanan tu at the end of journey. hehehe

Ok, seterusnya ke rumah panjang. First time masuk rumah panjang dan kami disambut oleh beberapa demonstrater yang berpakaian tradisional.Kat sini kami diajar cara-cara menghidupkan api menggunakan buluh. Bukan sembarangan buluh tau. Geseran antara buluh tu akan menghasilkan haba dan bila haba semakin panas maka api dapat dihidupkan ...Haa betul ke???hahaha..Lina pun ingat2 lupa ja,,wink3~~Hmmm kali ni Mentor berjaya hidupkan api, apa lagi memang kecoh la budak sorang nie...Bagilah tepukan sikit'n, bukan senang nak hidupkan api tu'n..hahaha
Kami juga berkesempatan belajar cara-cara menyumpit. Biasanya tengok dalam TV je tapi kali ni real punya. Pastinya lina teruja nak cuba, then finally sasaran x mengena. Cuba lagi tahun depan...hehehe


Lina try minum air pandan yang di masak atas dapur kayu...Sedap gak,,,Khasiatnya lina dah lupa laa,,yang pasti kalo yang susah tido tu ley try minum air ni, maybe membantu untuk korang dpt tidu yang berkualiti..nnt kat rumah lina nak try buat & tengok effectnye ye, (^_^)

Kami join permainan tradisonal mereka tau.Memang riuh rendah dan gamat suasana waktu tu. Main lompat-lompat dalam rumah, seronok sangat tapi lina x join sebab lina x larat nak lompat sebab perut dah lapar. Huhuhu..Tapi lina tetap enjoy tengok kawan-kawan main, happening sangat. Haaa lagi satu kat sini ada demonstrasi buat tatu jugak tau, nasib baik tatu temporary..  Tatu nie unik ukirannya tapi yang ni pun lina x try sebab yang buat tatu tu lelaki.

Kemuncaknya, kami telah dihiburkan pula dengan persembahan tarian tradisional etnik-etnik di Sabah. Tarian-tarian macam nie memang kita jarang jumpa di semenanjung, memang bertuah kami dapat join program macam ni. At the end tu, kami pon menari sekali.Semangat mencuba tu penting ok (^_^) Selain dari kami, ramai juga pelancong-pelancong dari luar yang datang, memang gamat malam tu. Enjoy sangat (^_^)

Setelah itu, kami dijamukan pula dengan jamuan makan malam yang mana kami dihidangkan makanan tradisonal etnik-etnik di Sabah. Tepu gila perut waktu tu, banyak gila kami makan lebih2 lagi makanan free nie. Hehe,,Eh makanan yang kami masak tadi dah dihidangkan, not bad la masakan budak-budak MTM ni. Family MTM Lina nie memang suka memasak, baik girls mahupun boys, masing-masing ada skill memasak. Dah jadi hobi kami di masa lapang sekarang,,,(^_^)
Bagi kami peluang untuk mengembara di ‘Mari-Mari Cultural Village’ amat kami hargai dan pengalaman kami disini tidak dapat kami lupakan dan semestinya akan kami kongsikan bersama rakan-rakan yang lain...Itu janji kami kepada pihak penganjur...Semoga kawan-kawan dapat sedikit sebanyak info tentang masyarakat di negeri Sabah ni ye (^_^)


Oh sebelum tu Lina nak beritahu mamat hensem yang bagi taklimat masa mula2 & speaking English fluently tu rupanya budak lepasan SPM..OMG, adik lagi...Hahaha..X de jodoh la ngan orang Sabah nampaknya T_T   

Thank You Sabah Tourism Board Kerana Sudi Menaja Kami (^_^)

Wednesday, January 12, 2011

::Great Wall China::18 December 2010::

Hai Hai Hai...I would like to share my experiences masa pergi Great Wall China hujung tahun 2010,,,Great Wall atau Tembok Besar China ni merupakan salah satu tempat yg menjadi tarikan utama pelancong (ayat karangan darjah 6),,,kalau datang china mmg x lengkap kalau x pergi Great Wall ni,,,Exciting, peaceful & enjoyable,,,so bermulalah siri penjelajahan kami di Great Wall:::
Pemandangan yang mempersonakan

Seawal jam 8 pagi kami bertolak dr Beijing Normal University (BNU) ke Great Wall...Salah satu tempat yang telah diaturkan oleh pihak BNU untuk kami...Malam sebelum bertolak Sindy & Song pesan kat kami supaya pakai baju tebal2 sbb kat sana sangat2 sejuk,,,almaklumlah musim sejuk..with skirt bunga2, baju sejuk, skarf & sehelai jeans + tight aku pon dengan confident keluar dari Lan Hui Apartment...Mak aii sejuk gila...belum naik Great Wall lagi nie...sepanjang perjalanan dr BNU ke Great Wall tu aku mengelamun dan kemudian tertidur,,,mengantuk + penat sebab banyak berjalan hari sebelum tu....zzzzzzzzz
Tangga-tangga yang curam
Great Wall China Scenary

"Bangun2 da sampai Great Wall"...Dengan muka mengantuk aku menikmati pemandangan Great Wall yang sangat unik,,,first time sampai sana mestilah teruja,,,mmg patut tembok ini diiktiraf sbg salah satu keajaiban dunia oleh pihak UNESCO...Alhamdulillah,,,rasa macam dalam mimpi je...bangunla lily your dream becomes true (^_^)

Dayah & Me
Menahan kesejukan yang amat
Sebelum pendakian bermula

Seperti yang dijangkakan memang ramai pelancong luar yg dtg ke Great Wall...Dah jadi pusat pegumpulan manusia serata dunia...Pe lagi kteorg mmg bergambar sakan la kat situ...sebelum jejakkan kaki ke tangga Great Wall kami bermonolog "Larat ke nak daki sampai ke atas nie...tinggi glerr...tapi kalau x naik rugi laa"hahaha
Berehat Sebentar Di Tangga,,,Sempot!!!
Nadzmi Chanteq

Aku pun mula mendaki dengan hati yang tabah,,,Tengah je sibuk menuju puncak tiba2 aku nampak amoi dengan kasut tinggi dlm 4,5 inci & legging nipis gler turun dari tangga Great Wall,,,Tabik spring laa, aku yang pakai 2,3 lapis ni pon da freezing..Nak naik Great Wall pon boleh dress up macam model,,,ni mmg keajaiban dunia:::hahaha
Hill View


Sempot nak sampai ke 2nd station,,,penat wooo..tangga dia tinggi & curam..beberapa kali gak la aku pancit kat tangga sambil pegang palang tepi tangga tu,,,serius penat + tak tahan sejuk yg amat sangat...aku masih memikirkan mcm mana amoi tu boleh tahan keekstreman tahap kesejukan kat situ..huhuhu,,
Masa untuk menconteng
Sindy & Song Hui Min


Da sampai 2nd station,,,pe lagi aku rehat terus laa kt situ,,,sakit kaki aku,..tiba2 nampak si nadzmi menconteng dinding Great Wall, wow mmg banyak vandalism berlaku kt situ..apa lagi, aku join the club laa,,,hahaha,,banyak gak kami take photo kat situ,,,hehehe
Kata-kata semangat khairi untuk kanak-kanak RU
I Like (^_^)
My Family Always in My Mind & My Heart
WE ALWAYS LOVE MTM 2010/2011
Khas Untuk Kedondong Likat

Abam & Mentor ajak kami naik atas lagi tapi aku dah surrender, serius tak larat + aku rasa nyawa aku terancam kat situ sebab curam sangat...Dalam hati aku berdoa supaya jasadku tak bersemadi di "kubur terpanjang di Bumi" tu (untuk membina Great Wall ni saja dah menelan berjuta nyawa org yang mebinanya),,,Agak2 kalo pergi waktu malam mesti banyak hantu cina'n????errrrr seram!!!!!!
Aku, Dayah, Nadzmi & Khairi stay kat situ n Abam, Song, Sindy & Mentor meneruskan pendakian...Kami semua dah pancit dan sambung sesi photo shoot...And tiba2 Khairi @ harry cakap dia nak shoot video kat situ, dia ckp nnt dia nk post kt FB nnt,,sama2 lah kita menanti kemunculannya selepas aku kuar dr UPM nnt ye..haha...
Engineering Students from UTM Skudai
Memories in seconds

Aku pun x melepaskan peluang shoot video wish tahun baru,,,hahaha,,gedik gler..masa nk shoot video tu aku list'n nama2 yg aku nak sebut & suruh dayah pegang kertas while harry take the video...ngh nk wat preparation wat video tu aku pon pusing belakang & sebut Hai kuat2 then tiba2 muncul beberapa lelaki Malaysia kat situ...erkkk aku tergamam tgk deorg & deorg pon t'kejut tgk kami,,,mak aiii malu gler, x tahu nk sorok muka kt mana..segan2...baru je nk perasan jadi pengacara NONA sekejap,,,,huhuhu,,,then deorg pon dgn ramah tamah menegur kami,,,budak2 engineering dr UTM rupanya,,Deorang pon join program macam kami gak cuma deorg duk cni seminggu je,,,Sempat la kami take photoes together lepas diajak oleh mereka beberapa kali, hehe kami kan PEMALU orangnya,,,pemalu ke????hahahaha....Sempat gak kami tanya deorang tempat2 shopping kt Beijing nie & deorg warning awal2 kalau pergi Silk Market nanti bersiap sedia la bergaduh ngn seller kat sana....glurpppp...nak tarik rambut ke nak bagi penumbuk???hahaha,,,bajet kuat....Btw seronok bila jumpa org2 Malaysia kat cni, kalo kat Malaysia x rasa apa pon,,,hahaha...tapi perkenalan tu terhenti di situ saja sbb nama deorg pon kami tak tahu,,,huahuahua~
Ada gaya pengacara tak??hehe

 
Video ucapan tahun baru 2011 (^_^)

Opss bdk2 UTM tu dah blah..pe lagi sambung shooting semula...alamak last2 ada gak nama yg tercicir after shoot 2 kali,,,sorry ye,,lupa nk sebut ex-SMKAP, ex-SMABI, ex-KMJ & ex-SKBI padahal aku da list siap2 tp nervous punye pasal bila ramai tourists duk tengok aku mcm tgk artis (perasan gler) aku lost sekejap...sob3~~
Bersama Si Tanggang
Dah boring duk kt situ kami pun turun bawah,,,Terketar-ketar lutut aku turun tangga,,,Ni bukan peribahasa tp ni memang betul-betul ketar laaa turun sambil pegang palang tepi sekali lagi,,,Tiba-tiba nampak tourist bawa anak dia letak kat bahu sambil turun ngn beraninya,,Seram aku tengok,,Aku risau budak kecik yg comel tu jatuh je,,,Nasib baik dia selamat turun ke bawah,,kalau aku ada anak kecik aku takkan bawa dia naik Great Wall,,,errrrrrrr takot,,,
Serious Time

Sampai je kat bawah kami terus cari port untuk makan,,,Aku plak x tahan nak buang air kecik,,,Sindy temankan aku p toilet then sampai toilet terus rasa nak muntah,,,hancing + x de pili air + x de tisu,,,terus x selera nak buang air!!!!Nak toilet Malaysia::::sob3x
:::Makan Time:::

 Gila-gila at Great Wall

Abam & Mentor still kat atas lagi & kami plak x tahan lapar,,,Dengan bekalan nasi china yg bdk laki masak + serunding daging+seruding tuna kami pon bersantap & tinggalkan sikit utk mereka sbb dalam beg abam pon ada bekalan makanan gak,,,buka je glove jari terus beku tp demi perut yg menjerit-jerit kelaparan ni aku pon makan dengan gigihnya,,,Kami pelawa Sindy makan sekali, taste Malaysian food,,she said delicious (^_^)
Model Posed

The Cute Sindy
Pinjam anak orang sekejap,,,hehe

X abes2 photo shoot

Photo shoot & video shoot again...haha,,,dah puas jalan kat situ kami pon bersedia untuk pulang,,,tapi kami tak pulang kt BNU sebaliknya spend masa kat Olympic stadium,,,Nice place to visit (^_^)

Erkkkk aku bukan pembunuh
Good Bye Great Wall =(

Tips-tips Ke Great Wall Semasa Musim Sejuk
  1. Sila pakai baju 3,4 lapis ye kawan2,,kalo boleh pakaian yang tight2 didalam untuk memerangkap haba & of course baju sejuk or coat.
  2. Seluar pun kene pakai 2,3 lapis + lagging supaya anda tidak freezing di kaki!!!
  3. Seelok-eloknya anda tidak memakai heel ye kawan,,kalau tergolek nanti'n susah,,pakai sport shoes or santa claus boot mcm saya,,,hehehe
  4. Part paling penting, sila bawa botol air mineral yg berisi air ke mana saja anda hendak pergi di china ini sebab toilet di sini x de paip(Thanks to Nadzmi sebab selalu bawa botol air utk urusan istinjak,,,hehehe)
  5. Cenderhati yg dijual di Great Wall nie agak mahal,,Korang boleh dapat harga yang jauh lebih murah di Silk Market if korang pandai tawar menawar,,,ngeeeee~~
  6. Kalau ada org ajak ambil gambar or nk shoot gambar kita kita jgn la tolak mentah2, bila lagi nak jadi artis'n,,,hahaha,,,xde la, kita'n rakyat Malaysia yang peramah so bawa imej yg baik di sana ye,,Proud be A Malaysian,,Jangan kekwat2,,,Malu anak2 tengok!!!
  7. Bawa bekalan makanan dari hotel, apartment & mana2 je la supaya korang x lapar lg2 di musim sejuk nie,,,makanan di sana diragui kehalalannye,,At least ada biskut dalam beg.
  8. Sebelum naik Great Wall tu jangan lupa buat stretching supaya korang x rasa sakit2 kaki bila naik tangga nanti
  9. Minum air masak banyak2 tau supaya tidak dehydrated,,,Korang x'n rasa dahaga sebab sejuk tapi kalau x minum korang boleh collapse bila-bila masa.
  10. Jangan lupa bawa lotion, moisturizer & seangkatan dengannya sebab kulit korang akan cepat kering dan merekah disebabkan udara sejuk yg kering,,,Lebih bagus yang ada micro collagen utk recovery process (^_^)
Enjoy Your Holiday at Great Wall,,,I Miss Beijing I Love Malaysia (^_^)
Pemandangan dari dalam bas semasa on the way pulang!!!wow!!!