Wednesday, July 4, 2012

Trip Go Go Ganu Gorgeous: Pulau Kapas

Entry kali ni Lina nak citer pasal trip family MTM 10/11. Trip yang sangat gorgeous, best and awesome with my lovely MTM. Walaupun dah setahun kami turun board tapi bonding antara kami sangat lah strong...Alhamdulillah

Kami bergerak dari Kolej Kedua terchenta nie lebey kurang jam 10 malam. Sedih Domba x ikut, ada hal katanya. Special thanks to Domba & Yanie coz datang sebelum kami berangkat ke Terengganu. Sempat lagi Domba duk sakat kteorang ngn gurau nakalnya tu, sabar je budak sorang nie (kurang adik yang suka mengusik untuk trip ni..sobs3)..Masa peluk Yanie rasa sedih je coz only me the kakak yang join this trip..sayang Yanie..after read the doa with them, kami pun terus pergi..semua diingatkan "behave" supaya x jadi sesuatu di luar jangkaan.

Berkumpul after tol Gombak untuk divide penumpang..my JJQ 6134 bersedia untuk bergerak..yeah

Saga WWE sedia untuk memecut..jom p ganu..konvoi bermula..

Berehat sebentar di R&R Gambang

Sorry sebab kteorang wat bising kat cni di tengah malam yang sepi..pantang kumpul mesti ada je part gurau x ingat dunia..hehe

Kami sangat excited plan untuk pergi trip ni..after few month plan this trip finally we go for it...Our main destination is Pulau Kapas. Memandangkan ramai yang habis exam, dah habis writing thesis and habis practical, trip ni jadi sangat meriah coz sume sakan berjalan (except me yg tgh pening2 lagi ngn Master nie..aiyaaaa)

Pagi sebelum bertolak ke Pulau Kapas, girls singgah berehat kat rumah Osama while boys rehat kat rumah Abaam. Mak Osama sangat baik melayan kami. Thanks mak Osama & Osama ^_^

Sampai je kat Jeti kami jumpa Along Islah..kali ni Along plak datang jumpa kami kat Jeti. Bila jumpa Along, muka masing2 ceria habis, suka dengar lawak Along Islah. Thanks Along. Very supportive abang laa ^_^


Makcik Gemok Beach Resort. Namanya pun da buat diriku tertanya-tanya adakah owner resort ni seorang perempuan gemuk?
Kami pergi Pulau Kapas 2 hari 1 malam. Very nice view, air laut jernih membiru, menghijau..Resort yang menjadi pilihan: Makcik Gemok Beach Resort. Harga bilik RM40.00, toilet kat luar..mampu?hahaha..nak yang lebih selesa boleh pilih bilik lain, kami ambil bilik paling murah dan berbaloi memandangkan masing2 masih bergelar student..hikhikhik
Go Go Ganu Gorgeous MTM 10/11

X berkesempatan main volleyball, xde bola maa

Nyunyu..hihi



For First day memang Lina sangat penat coz perjalanan dari UPM ke Terenganu menjangkau 7-8 jam..lama gila kot, memang penat abes laa..lepas check in at 2.00 p.m,Lina terus tidur ngn Dayah..Iffah, Miela, Tasha dan yang lain semua pergi snorkeling and main kayak petang tu..sementara nak tunggu check in tu, sempat makan karipap (mak osama goreng) dan melahap serunding..nostalgia habis, the same serunding yang kami makan kat Beijing..Special cook from Khairi Muhamad a.k.a Kob a.k.a harry, berebut masing2 nak makan deng deng nie, sedap giler kot..memang terbaek laa Kob ^_^

Matang call Kob "Sorry x dapat join"..huuu..sedey laa, matang bizi ngn bisnes tapi yg terharunya Matang still ingat kteorang..hehe

Petang tu, lepas bangun tidur dan solat Lina pergi pantai..hajat dihati nak mandi laut tapi sempat berendam separuh badan je..Lapar gila kot waktu tu...Tengok budak2 nie semua dah puas mandi laut, xley la join..Paling kesian si Nisah laa coz terpijak landak laut..bisa ooo...cian adikku yang sorang nie...

Lina, Dayah, Nadzmi, Shafiq (Bajet) dan Kob jalan2 tepi pantai sambil tengok sunset + photoshoot yang x dirancang..hehe


Menghayati indahnya ciptaan ALLAH



Menulis atas pasir

Shafiq Adnan a.k.a Bajet..muka sleepy lg..Bajet, baju tu dah pakai berapa hari ek??jadi bahan plak..hehe

MTM 10/11 at Pulau Kapas
Mendengar Cik Dayah menyanyi

Hitam putih

1,2,3 action
Maghrib dah nak dekat dan kami semua dah lapar. Cari port nak makan sambil roger2 adik beradik lain yang kt bilik lagi untuk makan sama-sama.

Merenung harga makanan..haha

Tunggu order

Nasi Goreng USA RM 10.00

Ayam masak apa ek?
Harga makanan kat sini? Haruslah 2 kali ganda dari harga biasa..mahal woo, nasi goreng kampung RM 8.00, boiled egg RM3.00, pancake RM 5.00, toasted + omelet cheese RM 9.00, teh o RM 2.00, limau ais RM 2.00...terkedu sekejap..tapi sebab lapar bayar gak laa..and the taste is not bad..bila perut dah lapar, harga makanan letak nombor 2, pujuk hati sambil cakap makanan kat Islamic Steakhouse lagi mahal, boleh je beli kan..hehe..bab makan x ley berkira kan?kan?kan?ngeee
After dinner

Wajah-wajah ceria

Osama buat apa atas batu tinggi tu?suka bagi posisi lain dari yang lain..haha.. Aswad, perut tu?ehmmmm...hihi
Tasha & Miela

Bila semua dah kenyang, masing-masing kembali ke bilik sbb kepenatan and ada yang lepak tepi pantai..ada yang nak casting malam tu tapi keadaan x mengizinkan..then kiteorang makan kuaci Syafiiq sambil sembang2 di tepi pantai dibuai angin malam yang dingin..damai terasa, indahnya dunia. Time to sleep ^_^

Budak2 nie wat pakatan nk tinggalkan Nadzmi yang tengah tido kt tepi pantai..hihi

Saturday, June 9, 2012

Teristimewa Buat Adik-adikku



Teristimewa Buat Adik-adikku,

Adikku,

Sesungguhnya kejadianmu terlalu indah tercipta daripada tulang rusuk Adam yang bengkok untuk dilindungi dan disayangi, bukannya diciptakan daripada kepala untuk disanjung dan dipuja, bukan pula diciptakan daripada kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya. Lantaran daripada keindahan ciptaanmu itu, kau umpama sekuntum bunga yang mana harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu. Adakah semudah itu kau ingin menyerah diri pada sang kumbang?

Renunglah pada keindahan bunga mawar yang unggul terjaga berpagarkan duri sebagai bentengnya. Dari kejauhan harumannya mencuri perhatian. Kilauan warnanya yang memancar indah menjadi tarikan. Namun, lantaran pagaran duri yang berbisa itu, sang kumbang tertunduk kagum terhadap keindahan yang terjaga hinggakan ia berfikir beberapa kali sebelum mendekatinya.

Adikku,

Akuilah hakikat kejadia dirimu yang menjadi pelemah keimanan lelaki. Seandainya pakaian malu kau tinggalkan daripada tubuhmu dan perbatasan aurat kau pandang sebarangan, jadilah dirimu hanya sekuntum bunga yang indah tapi sayang tidak berduri.kau tidak layak lagi dimahkotakan sebagai si mawar berduri. Sesungguhnya Utusan Allah (Rasululullah s.a.w) ada mengatakan tentang bahaya dirimu,
“tidak ada fitnah yang lebih besar setelah wafatku selain dari fitnah yang berpunca dari wanita.”
Adakah kamu jadi penyebab terhadap terhumbannnya lelaki ke neraka?

Ingatlah duhai adikku sayang,

Ingatlah bahawa ciri-ciri wanita solehah ialah dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya kecuali atas urusan yang diizinkan. Sesuatu yang tertutup itu lebih indah dan berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah. Yang tertutup itu indah! Alangkah baiknya jika kau memelihara keindahan dirimu sebagai hadiah yang kudus, suci, mahal dan berharga buat kumbang terpilih yang telah dijanjikan Allah buatmu.
Indahnya hidup ini andai melayarinya dengan bernaungkan keredhaan Allah, bertunjang ilmu dan kebenaran, bersulam akhlak penuh menawan. Sesungguhnya, wanita solehah menjadi idaman setiap insan soleh bernama Adam.
“Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik...”

Ya Allah, jadikan kami BIDADARI syurga...

Novel Tautan Hati~ Fatimah Syarha Mohd. Noordin~



Nur Alia, Nur Amira & Nurin Afina,
Mengenangkan Along ada tiga adik perempuan yang sedang meningkat remaja membuat Along risau andai dirimu terjebak dengan cinta yang tidak halal disisiNYA. Pengalaman mengajar Along supaya adik-adik yang Along sayang tak terjebak dalam cinta pada usia ini. Bukan menolak fitrah hati yang memerlukan cinta tetapi dikala ini, hatimu perlu diisi dengan ilmu dunia dan akhirat sebagai bekal sepanjang hayatmu di dunia dan di akhirat sana. Ilmu itu cahaya, dan hanya hati yang bersih dapat menerimanya. Bukan sedikit pengorbanan Mak dan Abah untuk kita, segala keinginan mereka korbankan dalam mendidik kita, segala kelengkapan untuk kita Mak Abah sediakan. Jangan dipersoalkan apa yang Mak Abah buat untuk kita tapi persoalkan apa yang kita dah buat untuk Mak dan Abah. Jika dihitung kos pembiayaan membesarkan kita bukan sedikit pelaburannya. Kita tak mampu membalasnya, lebih-lebih lagi kasih sayang yang tak ternilai harganya. Jagalah dirimu, akhlakmu dan maruahmu duhai adik-adik perempuanku. Along menyayangimu kerana Allah. Perjalanan di dunia ini telalu singkat, akhirat tempat abadi. Semoga kasih sayang kita kekal sampai syurga.

~Pesanan Ikhlas dari Along untuk puteri-puteri Mak dan Abah~

Allah, our loves and lives are yours


Sunday, August 7, 2011

Semanis Tart Gulung

Assalamualaikum kepada semua yg sudi baca blog Lina nie..Dah lama Lina x menconteng blog nie, sepi je'n..Actually byk yg Lina nak share tapi x de mase (walopun menganggur kat umah..hehehe)..Btw Lina nak wish: 

Selamat Berpuasa kepada Muslimin & Muslimat (Tahun nie Lina x tengok pengumuman puasa daa)

Sedar x sedar dah seminggu kita puasa, makin hari makin bertenaga walopun tak makan..Nak tahu x, Lina akan start ingt mkn ble jam menunjukkan 12 tgahari, time tu laa duk kre mase bape jam ag nk buke..hehehe..cam bdk kecik je'n..wink3~~

Hari ni Lina tolong mak wat tart nenas..Pas balik tuisyen terus je Lina jenguk dapur tolong mak wat pe yg patut..Kul 10 pg tadi Lina ajar tuisyen Bio SPM, Alia yg hantar p tusiyen ngn motor Amim...haha..kakak yg manja..Sygnye ari ni sume da balik hostel..Lina buke ngn Abah n Mak je laa..Sunyi ble x de adik sbb da bese beramai'n, kalo tak mmg keje Lina kaco deorg je laa, da hobi suke menyakat adik..hehehe..Deorg pon suke buli Lina gak, deorg cakap Lina pendek, kaki kecik cam baby..terpaksa laa time hakikat adik lg tinggi dr kakak..abes baju2 Lina pon deorg pakai..Hmmm, Abah beli'n no celcom baru kt adik bongsu, Fina..semalam deorg wat pakatan save contact name Lina as "Along Gedik"...Angah pown tukar gak..dush3..puas tanya mak "Along ni gedik ke mak?"..Semua org gelak..ngadu kt adik Lina yg kt UiTM Jengka, die pon gelak...kene buli lg..sob3=(

Tart Nenas

Tar Gulung..haha

Menunggu turn untuk masuk dalam oven

Yang ni da siap masak

Dapat buat lebey kurang 500 biji

Comel tak Lina susun?hehehe
Nie je la yg Lina sempat wat..2 minit nak azan Maghrib Lina sempat susun 400 biji kuih dalam balang..Actually nie kuih yg org order, so Lina makan kuih yg pecah2 je..hehehe..Kalo jadi, esok Lina nak wat Puding Gula hangus (Resepi kawan Amira, Aqilah), Agar2 Laici & Dadih Strawberry Chocolate untuk dijual kt bazar..InshaAllah..ngh tunggu Angah balik umah nie, die cakap esok die nk start berniaga kt bazar Ramadhan Politeknik...Semoga kami sekeluarga dimurahkah Rezeki..Amiin (^_^)

Sunday, June 19, 2011

Selamat Hari Abah (^_^)

Abah, Along SAYANG ABAH!!!

Tepat jam 00.05a.m aku da wish "Selamat Hari Bapa kat Abah" masa Abah nak masuk tidur then aku take over menonton Boys Over Flowers yang dah lebih 10 kali aku tengok tu..Gila addicted tengok drama korea nie sampai termimpi-mimpi Gu Junpyo  (Lee MinHo) jadi boyfriend aku..hehehe

Tapi aku bukan orang yang pertama wish coz adik bongsu aku, Fina dah call dari hostel wish awal-awal lg kat abah..Ye la, adik aku yg sorang ni memang manja gila ngn Abah sampai dapat gelaran "Anak Kelahiran Abah"..Saja tak nak kalah ngan aku..huhuhu


::My Abah with his staff:


Sape2 yang dah kawan ngan aku dari primary school haruslah kenal Abah aku...Ada yang cakap Abah aku garang?Garang..hehehe...tak la, Abah aku tak garang, muka je nampak serious tapi Abah aku ni baik sesangat...So x de istilah takut abah dlm diari. Aku cukup menghormatinya sebagai ketua keluarga..

Masa kat sekolah dulu, bila dapat surat cinta aku akan bagi Abah. Lagi-lagi surat cinta dari orang yang aku tak suka. Harapan aku semoga org yg hantar surat tu tak suka aku. hahaha

Abah aku nie ringan tulang masa ada kat rumah. Besenye bila aku bangun tidur je kain baju dah siap berjemur, bila aku nak lipat baju tgk bakul baju dah kosong, bila nak pergi basuh pinggan tengok sinki da bersih. Semuanya abah dah buat. Nak harap adik laki aku, hmmm xdelaa..Buat tambah kedut muka aku je marah-marah deorg..Tak makan saman..Harap-harap nanti dapat husband rajin macam Abah (^_^)


Abah at Indonesia



Abah aku tak kedekut. Abah akan usahakan dapat apa yang penting untuk keperluan kami.Keluarga kami nie tak kaya harta tapi kasih sayang tu alhamdulillah. Pengorbanan Abah dan Mak untuk kami sangat besar.



Dekat rumah Abah selalu buat lawak. Kalau dah kumpul ramai-ramai kami mesti gelak sakan.  Kita orang adik-beradik pun happy ever after..lalalalala

Bila exam menjelang, aku akan telefon Mak ngan Abah. Hampir setiap paper aku mesti call minta restu mereka. Bila rasa macam stress, mak ngan abah la pengubatnya. Doa & Sembahyang Hajat, itulah yang mak dan Abah selalu buat. Doa mereka lah yang mengiringi setiap langkahku dalam mencari redhaNYA. 
Bilik Amim kat Uitm Jengka


On the way pulang from Picnic at Sungai Pandan

Abah penasihat yang baik. Aku akan minta nasihat Abah bila aku dalam kebuntuan yang amat. Biasanya aku akan dapat solution dalam permasalahan aku.

Pagi-pagi lepas Subuh Abah akan jogging kat kompleks sukan. Dulu masa duduk Kuantan Abah selalu main tennis. Kelab Bola Sepak yang Abah suka "Arsenal" laa..Tapi lately Arsenal main x best laa...hahaha
Pantai Teluk Cempedak


My Lovely Abah & Mak


Harapan: Semoga aku dan adik2 aku menjadi anak yang soleh dan solehah serta dapat memberi kesenangan hidup untuk Abah dan Mak. Terus bawa nama baik keluarga. Family is everything to me. So, kepada kawan-kawanku mari kita sama-sama sedekahkan bacaan ayat Al-Quran untuk kedua ibu bapa kita. Hadiah buat mereka. Jasa dan pengorbanan mereka tak ternilai harganya. Semoga kita sentiasa ada bersama mereka dikala senang dan susah, berkongsi kegembiraan dan kedukaan mereka. SEMOGA KASIH SAYANG KITA KEKAL SAMPAI KE SYURGA. 


"YA ALLAH KASIHILAH KEDUA IBU BAPAKU SEPERTI MANA MEREKA MENGASIHI AKU"

ALONG SAYANG ABAH SAMPAI BILA-BILA (^_^)


Lot of loves,
Nor Amalina

Thursday, June 16, 2011

::Hutong Street Beijing::

From Beijing Normal University by Bus

Sebenarnya Lina dah lama nak share cerita pengalaman Lina kt Hutong Street Beijing tapi Lina tak berkesempatan sebelum nie sebab busy sangat masa kt UPM dulu...Nie pon tiba-tiba datang mode nak writing setelah sekian lama menyepi dari blog nie...hehehe

Mengimbau kenangan student mobility program ke Beijing Disember tahun lepas...Bila kita pergi ke sesuatu tempat tu mesti ada tempat yang paling kita suka'n, tempat yang buat kita rasa kita nak pergi lagi tapi kali ni bersama insan2 tersayang...Tapi entah la, Lina pun tak tahu Lina ada peluang lagi atau tak untuk ke sana...Ikut kemampuan dan rezeki pada masa akan datang plak'n..Apa2 pun thanks kat abah sebab support kewanganku untuk ke sana..hehehe

Lina dah pergi ke Great Wall, Forbidden City, Lama Temple, Silk Market, Zoo of Beijing, Olympic Stadium, Museum of Beijing tapi tempat yang paling Lina suka adalah Hutong Street...Dua kali Lina pergi tempat nie..Mula-mula pergi kiteorang jalan-jalan kat situ dan main permainan tradisonal China then second time kiteorang main ice-skating

First time tengok tasik beku, Lina memang sangat2 excited...Rasa macam nak jalan atas tasik tu...Besela nie kali pertama so perasaan teruja tu lain macam ckt..Orang tak pernah pergi oversea macam nie laa...hehe
Dicelah-celah lorong
Lina paling takut bila nampak anjing, banyak anjing kat sini tapi sumenye cute2..hahaha
Comel'n dogs ni?

Perry & Harry

Tak ingat nama dia tapi ia dibuat dari gula...Kreatif'n?

Depan restoran muslim

Salah satu tempat makanan halal tapi kat sini mahal sikit harganya

Kuih-muih (Sorry gambar tak cantik sebab org yg ambil gmbr menggigil sejuk)
Agar-agar bentuk ikan


Macam kuih kat Malaysia'n?



Ciri-ciri tradisi yang masih dikekalkan

Senyuman terukir

This is charcoal

Tepi tasik

Nadzmi::Sejuk2 camni pon ada orang mandi::Serious sejuk gler::

Tokong

::Beautiful Scenery::
Aktiviti masyarakat Cina di petang hari

Peaceful

Opsss nak terjatuh

6 of Us

Another beautiful scenery

Sebelum Petang melabuhkan tirai

Sindy love cat (^_^)..So cute..
Roti ngn daging (2 yuan) & roti sahaja (0.9 yuan)::Sedap mkn panas2=)
Nak cari makanan halal kat sini tak susah. Sindy plak sangat suka Muslim food so  x de masalah laa untuk kiteorang..Delicious..Murah plak tu(^_^)
With Abam

Nielah permainan tradisonal yang kiteorang main...Ala-ala sepak takraw gitu...Enjoy sangat...Kat FB lina ada video main game nie...


Iklan depan pub..Kat sini memang sangat banyak pub tau
Masa kiteorang lalu depan pub-pub kat sini, Khairi a.k.a Harry & Abam kena nogorat ngn girls kat sini, ajak "enjoy" tu..Tapi bila nampak Lina ngn Sindy datang perempuan2 tu terus blah..Hot gak bdk2 tu kat sana...hahahahaha
Starbucks at Hutong Street
Abam tolong ikat tali kasut sbb jariku bleeding waktu tu..Jari rasa kebas cz sejuk, kalo toreh ngan pisau pun memang tak rasa..

Cikgu ice-skating~Mentor

Scenery di pagi hari:Second time visit::
Warga tua pon bersukan tau
First time main ice-skating::Price:2O Yuan::
Lina memang tak pandai main ice-skating..Main atas tasik yang luas plak tu, surface tasik tak rata so potensi untuk jatuh tergolek tu memang tinggi laa..Lebih 10 kali Lina jatuh..Dah tak hirau kena gelak da waktu tu..Gigih punye pasal..
Nie asas untuk org2 yang tak pandai skating..hehe..best woo main benda nie..20 Yuan..

Sha Bo & Sindy

Itik yang belum dipanggang

Jumpa kanak-kanak ketika membeli belah

Kawasan tumpuan pelancong
Banyak gak la Lina spend duit kat cni sebab souvenir dia murah-murah dan cantik-cantik belaka..
Tapi yg malangnya, Lina telah terpecahkan satu teko kaca nie..abes 20 yuan (lbh kurang RM 10.00)..tension gak la sebab ngn 20 Yuan tu Lina boleh beli 5 mangkuk hand-pulled noodle with beef yg teramat sedap tu..huhuhuhu..malang sekejap..


Actually x leh ambil gambar kt kedai ni

Ikut Mentor beli souvenir utk someone

Milk tea::Unik kedai nie::

Dah penat b'jalan..Masa untuk makan itik panggang::

Actually, kalau ikutkan first plan kiteorang sepatutnya pergi ke Auckland New Zealand tapi sebab University kat sana ngah summer break so kiteorang fly ke Beijing. Walaupun tak pernah mimpi pun nak pergi Beijing tapi lawatan ke Beijing memang pengalaman yang sangat berharga...Alhamdulillah rezeki dari Allah...Hopefully next time boleh pergi ke New Zealand plak...InshaAllah (^_^)