Sunday, April 20, 2014


Lahir sebagai wanita Muslim adalah nikmat terbesar yang Allah anugerahkan untukku. Allah buka ruang dan peluang untuk aku kenal Dia. Memang aku pernah pegang title budak sekolah agama dulu tapi bila habis sekolah sarung kaki dan tudung labuh dah tinggal entah ke mana. Actually masa tu aku x suka certain budak2 yang bawa imej tudung labuh tapi mulut dan perangai tak mencerminkan akhlak sebenar seorang Muslim, disebabkan aku takut bila aku buat salah org label aku camtu aku pilih jadi budak perempuan biasa2 je, asal pakai tudung sudah. Masih terlalu mentah untuk menilai masa tu cz dulu pakai tudung labuh n sarung kaki sebab cikgu suruh. But at that time deep in my heart, one day I really want to cover my aurah properly bila aku mampu bawa title Muslimah yg baik cz bila keluar sekolah agama x bermakna kita tahu serba serbi pasal agama n certain tu berubah sbb protest kt cikgu dan mak ayah yg paksa deorang masuk sekolah agama. Tapi satulah aku teringat cikgu yg aku x berapa nak suka pernah pesan masa perhimpunan " Satu masa nanti awak akan berterima kasih kat cikgu sebab bila awak dah keluar sekolah nanti belum tentu ada yang nak jaga dan tegur aurat awak semua macam sekarang. " Dan hakikatnya betul apa yang cikgu cakap sebab bila dah keluar sekolah kita sendiri yang pilih jalan kita sama ada nk pilih jalan tarbiah atau sebaliknya.


Kalau dulu dengar tazkirah sbb tu termasuk dlm peraturan asrama (x pergi kene denda), skrg kena pandai cari tempat dan masa. Usrah, tazkirah kt uni ni mmg banyak je, depends pada kita nak join atau tak. Bila dah jauh dari mak ayah n cikgu2, masa tu lah kita kena pandai bawa diri dan pilih kawan dan jalan yg betul. Masa undergrad mak selalu tegur cara aku berpakaian, aku buat xtahu je. Keras gila hati kn padahal tutup aurat dgn sempurna tu perintah Allah, masa tu tahu je berdosa pakai baju ketat & tudung x tutup dada. Malu bila ingat semula. Masa 1st yr tu join gk la usrah lps tu off n memanjang bg alasan bizi dgn aktiviti kolej. Pernah masa terlibat dengan lakonan teater, ada sorang alumni ni tanya "Kamu sporting x? Boleh x kamu pegang (lelaki n perempuan) dia masa berlakon, nmpak real ckt" huuu..dlm hati (eh pegang laki perempuan tu kategori sporting ke? Lgsg x boleh nk hadam) dan nasib baik mmg sume org "x sporting" haha..selamat..x pegang lelaki perempuan pun boleh je berlakon n aku mmg minat teater..

Bila sambung Master, fasa hidup pun berubah. Masa tu tengok beberapa org junior tukar imej tudung labuh, ya Allah sejuknya hati tengok deorang. Tapi x de la rasa nk berubah lg sbb terbayang dlm locker byk baju kebaya n blouse yg x bape nk longgar, takkan nk buang kot, sayang.. Aku plak mmg jenis syg baju, duit scholar JPA pun byk spend utk beli baju....satu hari aku nak pergi mall, mak aku ada belikan blouse labuh tapi aku xde tudung matching. Then junior offer tudung dia tapi tudung tu tudung bidang 60. Mmg matching tp aku fikir byk kali nk pakai atau x. Tapi sbb dah xde pilihan aku pn pinjam lah, perghhhh malunya nk pakai tudung cmni, nnt apa org ckp...huuu..tiba2 masa jalan2 kt mall tu timbul perasaan yg aneh, rasa selamat, rasa macam xde mata2 jahat yg tgk kita, x tahu nk describe mcm mana. Tenang... I can conclude yg pakai pakaian yg menutup aurat tu buat kita rasa dilindungi. Bukankah agama Islam itu melindungi wanita? Subhanallah. Dan mulai hari tu aku niat nk berubah berpakaian ikut piawaian Islam. Nak berubah dari segi berpakaian tu pn bkn senang cz ada je yg ckp "awak nampak cantik pakai cam dulu" "awak nmpak tua lah pakai cmni" "boleh x awk pakai biasa2 je"...oh oh, semua org suka dipuji cantik kn tp bila ada yg ckp x cantik mesti rasa down kn, nk2 jenis yg selalu dpt pujian ni...huuu..nmpk x permainan hati kat situ? pokok pangkalnya depends pada kita...sebab bila nk berubah pasti ada ujiannya..aku rasa aku x sempurna sgt....tapi aku bertuah ada agama yang serba sempurna...Islam...aku bersyukur ada org yg bawa aku ke jalan menuju Allah, aku bersyukur Allah buka hati org2 sekeliling aku yg xjemu2 ingtkan aku yg selalu terlupa n lalai ni.. Nak berubah cara berpakaian pun byk dugaan inikan pula nk berubah jadi Muslimah solehah..banyak lagi yg kene belajar, rasa nk balik semula ke masa lalu utk betulkan kesilapan...bila kita buat dosa, ayah kita pun akn tanggung dosa tu..Along syg sgt kat Abah, Along xnak sebab Along Abah kena seksa...kasih syg mak dan abah x sepatutnya diganti dengan seksa di neraka, takutnya azab Allah..Ya Allah, semoga aku dan adik2 ku menjadi ladang pahala buat mak abah, berilah syurga buat mereka..berikanlah nikmat ketaatan mereka kepada Mu buat mereka didunia ini agar hati mereka sentiasa tenang menempuh ujian dari Mu...bila aku buat salah, aku harap sgt ada yg menegur, x jemu menegur cz sbg manusia biasa aku xlepas dari kesilapan..banyak lg benda nk kena jaga, hati ni sgt susah nk jaga...Solat dan percakapan lagilah perlu dijaga...proses tarbiah itu berperingkat2...byk lg step yg perlu dibuat...ku mohon maaf atas kesalahan dan kesilapan..semoga masih diberi ruang n peluang untuk betulkan diri dan dimaafkan. Nak Allah cakap dengan kita, bacalah al-Quran, tak faham makna ayat bertanyalah pada yang arif dan berbincang dgn org yg byk pengetahuan ttg agama...tenangkan hati dgn zikrullah...peringatan buat insan yg berdosa ini...

Monday, April 14, 2014

Cuti-cuti Melaka

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, weekend kali ni Lina dapat isi hujung minggu dengan best friend Lina, Shasha. Agak lama tak berjumpa sahabat yang seorang ni, maka terjebaklah dalam sesuatu yang tak dirancang. Rabu lepas Lina jumpa Sha kat Alamanda, biasanya bila kami dating Lina akan luahkan perasaan kat Sha tapi kali ni Lina nk ajak dia teman Lina tengok wayang semata sebab dah lama tak keluar dengan Sha and I need some entertainment, so kami tengok cite Divergent. Sha ajak ikut dia balik Melaka weekend tu, maka Lina pun free kan diri untuk join dia memandangkan Lina tahu memang Lina akan sia2kan masa kat rumah sewa di hujung minggu dengan menghadap laptop dan baca novel kemudian termenung dan tend untuk fikir benda-benda yang mungkin contribute to rasa resah dan sedih. Close friend amat dikehendaki memandangkan family jauh kat Pahang...hehe

Lina just tunjuk gambar2 kat sana je...nak cerita panjang2 macam malas..hahaha

Mini Malaysia & Asian Park
Budak xnak duduk diam

Selfie

Almari cermin ni memang sesuai untuk bdk sebesar Sofya

Biasa orang bawa bantal busuk tapi Sofya ni suka sangat kat selimut dia tu


Bestnya ada rumah macam ni


Zoo Melaka
Haipp Sofya x tengok camera

Sofya tengok White Rhino

Kesayanganku Shasha

Comel..tu je mampu ckp pasal budak pipi labuh ni

Bukan senang nk bergambar dengan budak kecik ni

Sofya dah mengantuk time nie

Macam mak-mak rasa..hehe

Pakai topi 5 minit lepas tu buang..haha

Tunjuk budak kecik ni Elephant

Ada tiger kat belakang tu..tgk Sofya memang x layan camera

Praktis pegang baby kecik..Ini adik Sofya, Aishah..pipi tembam macam Sofya gak..




Thanks to mak Sha, Mak Cik Ana yang masak sedap2. Pagi Sabtu masa bangun tidur kat rumah Sha, Lina ternampak penimbang bawah katil, apa lagi terus pergi naik atas penimbang laa...OMG 37.4 kg..berat makin turun ke apa ni...
Ahad malam tu Lina timbang berat lagi, ok berat naik 1.4 kg, 38.8 kg..ngeh3..dalam masa 3 hari boleh naik banyak tu memang prestasi yang agak membanggakan sbb azam tahun ni nak naikkan berat sampai 45 kg...ni semua atas sumbangan Mak Cik Ana yang sudi masak sambal sotong, ketam masak lemak, kerang rebus, telur itik masak lemak..lauk feveret tu, nak2 plak Mak Cik Ana ni orang Pekan Pahang, memang kene sangat dengan selera Cik Lina yang memang anak Pahang ni..hihi..tp satu je, Cik Amalina x pandai sgt nk ckp loghat Pekan..ngeeee


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ini entry blog Lina yang pertama untuk tahun 2014. Sekarang dah nak masuk pertengahan 2014. 1 Januari 2014 lagi perjalanan dimulakan dengan episod duka. Sesuatu yang tak pernah ada dalam fikiran Lina, tak pernah Lina pinta atau sesiapa pun yang meminta tapi siapalah kita untuk menidakkan ketentuan Allah, Percaya pada Qada' dan Qadar, rukun iman yang ke6. Perancangan dari Allah itu lebih baik, pengetahuan kita terbatas tetapi Dia Maha Mengetahui, Dia yang mencipta kita pastinya Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.

Dalam kesukaran mengharungi ujian hidup, Lina rasa bersyukur kerana punya keluarga dan sahabat baik yang setia untuk memberi sokongan dan semangat, selebihnya Lina kena berusaha untuk ubah diri Lina sendiri. Insha Allah akan berubah ke arah yang lebih baik. Mohon doa dari semua.

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?" ~Ar-Rahman~

Alhamdulillah. 

Yang menghargai kasih sayang,
Cahaya Harapan Kami

 
 

Monday, December 30, 2013

Adikku, cintailah DIA sebelum dia

Assalamualaikum buat kawan-kawan seagama. Lina nak share notes kat bawah ni buat tatapan semua. Kawan sekolah Lina, Mumtazah masih lagi koma di ICU. Sangat banyak post2 di wall FB Mumtazah yang sahabat2 beliau kirimkan. Antaranya:

"Membaca luahan2 hati kalian, membuatkan saya malu sendiri,YA!Dia berjuang untuk hidup...Utk Allah ampuni dosa-dosanya..Ada yg telah bersaksi atas syahadahnya..maka aku,bukan di sana tempatku, krn belum ada yg bersaksi atas syahadahku."

'Syafakillah ukhti syg..biarpun perkenalan kita singkat cuma..baru pernah berjmpe beberapa kali.. Tapi, raut wajah yg mmpunyai senyuman yg mndamaikan..bagai terbyg2 di mata..T___T'

"Wajah ceria rasya bergambar ngan mama 2 3 bulan lalu. Bertemu semula di kuantan slps mum mjalani rawatan di KPJ kajang. Rasya oh rasya. Senyum je macam mama. "

Tersangat ramai akhowat2 yang menceritakan kebaikan Mum, Lina rasa sangat kagum dengan Mum. Lina buka FB Mum dan Lina terbaca nota yang dicoret sendiri oleh Mum sebelum Mum berkahwin. Walaupun kami bukanlah kawan yang rapat tapi ujian yang menimpa Mum seolah-olah membuat kami yang diberi nikmat sihat oleh Allah ini merasa sangat kerdil dihadapan Allah. Kesakitan Mum memberi hikmah & pengajaran buat kami. Mum contoh teladan yang baik. Izinkan Lina berkongsi coretan Mum. 


Salam kemuliaan buat adik-adikku sayang,

Sebenarnya, akak tidak berapa gemar bercerita tentang cinta manusia disaat saudara kita dibumi palestine dan syiria sedang bermandi darah hanya kerana mempertahankan CINTA mereka kepada aqidah yang diimaninya.Mereka bergelumang dengan senjata,tanah dan darah dalam mempertahankan CINTA mereka kepada islam dan tanahair mereka sedangkan kita sedang bergelumang dengan perasaan yang bergundah gulana hanya kerana CINTA seorang manusia. wallahuallam.


Tetapi setelah membaca beberapa entri dalam blog adik-adikku..Allahhhh, terasa sangat crucial untuk aku menjawab persoalan-persoalan yang bermain dalam jiwa kacau mereka.. Berkaitan CINTA..

Apakah erti cinta bagimu?

Bagiku cinta itu perlu satu lagi link iaitu Allah. cinta itu tidak akan hadir tanpa Allah..dan cinta itu tidak akan pergi tanpa Allah.. hebat kan? Iya, memang hebat kerana Dia yang mencipta cinta.. bukan kamu, bukan akak, bukan dia atau bukan mereka yang banyak mengajarkan kita erti cinta.


Rasulullah pernah bersabda:

Jika allah mencintai seorang hamba maka Dia akan memanggil Jibril;

“Sesungguhnya Aku mencintai si polan, maka cintailah dia.”

Jibril pun mencintainya lalu jibril menyeru penduduk langit;

“ Sesungguhnya Allah mencintai si polan maka cintailah dia.”

Maka penduduk langit mencintainya sehingga kemudian dia mendapat penerimaan cinta makhluk dibumi.

HR Bukhari


Adikku sayang,

Sememangnya cinta kepada insan itu adalah fitrah. Contohnya rasa sayang dan cinta kepada kedua ibubapa dan keluarga. Itu adalah fitrah kita sebagai seorang manusia. Tetapi bila difikirkan kembali, jika kita sayang mereka hanya kerana mereka ibubapa yang melahirkan, menjaga, membesarkan dan memberi segala keperluan kita..Oh alangkah ruginya kita. Jika cinta kita kepada mereka hanya atas dasar duniawi semata dan reasonnya hanya kerana itu(sebab dia mak kita,ayah kita,dah besarkan kita,dah bagi duit kat kita) semata maka apalah beza kita dan orang kafir?

Alangkah indahnya jika kita benar-benar menghayati erti cinta sebenar yang total disandarkan kepada Allah, kerana Allah dan hanya kepada Allah. Yakinlah dengan hanya memiliki cinta Allah maka kita akan punya segala cinta yang lain.

Oh! Okay..akak straight to the point.. jikalau adik-adikku sayang terjatuh cinta kepada seorang insan yang bergelar lelaki.. beristighfarlah sebanyak-banyaknya. Semoga allah memlihara dirimu dari panahan syaitan yang sangat dekat dengan sudhur(hati)mu..

Adikku,

Kerana kita hanya manusia biasa, sejujurnya ia adalah normal. Perasaan itu SUNGGUH! normal.
Suatu kisah dari saidatina Fatimah ra, kisah yang kupetik dari buku pemilik cintaku setelah allah dan rasulnya hasil tulisan Fatimah syarha;

Selepas Fatimah bernikah dengan ali ra malamnya Fatimah berkata;

“Kanda, dl sebelum kita nikah, dinda teringin sangat menjadi isteri seseorang. Dinda amat mengaguminya.”
Dengan penuh cemburu sayidina Ali bertanya;“Habis tu, adinda menyesal menikah dengan kanda?”
Lantas Fatimah menjawab dengan nakal;
“Tidak sayang kerana orang itu adalah kanda.

Lihatlah hakikat perasaan cinta seorang wanita kepada seorang lelaki itu adalah fitrah, tetapi adikku, jangan sesekali menjadikan perasaan fitrah itu kepada fitnah.

Janganlah sesekali kau lari dari mujahadah dalam mengawal rasa fitrah itu. Janganlah sesekali kau lari dari mujahadah bersungguh-sungguh untuk meraih cintaNya yang hakiki.

Adikku sayang,
Siapa lagi yang lebih mengetahui betapa dirimu berusaha meraih cintaNya sebelum dia?

Adikku sayang,
Siapa lagi yang lebih memahami mujahadahmu dalam mendidik diri jika tidak Dia?

Adikku sayang,
Siapa lagi yang lebih memahami betapa tersiksanya dirimu dalam menyimpan perasaan dan menjaga hatimu dari dinodai oleh bisikan syaitan yang berusaha BERSUNGGUH-SUNGGUH! Untuk mencemarkan kesucian cinta dan hatimu dari terus tulus mencintai Dia yang mencipta cinta?

Adikku sayang,
Siapa lagi yang lebih memahami kesabaranmu dalam mendaki cinta hakiki untuk dimiliki dan cinta seorang lelaki yang halal untuk kau cintai?

Yakinlah.. Kerana allah ingin menguji ketaatan dan kesetiaanmu kepadaNya, maka diuji sedikit hatimu dengan rasa itu. Sungguh aku tidak menipu, diantara dua cinta..Dia dan dia…Kau PASTI akan bahgia jika kau memilih Dia.

Alirkanlah kecintaan yang selain itu melaluiNya..Insyaallah Dia akan membantu dirimu untuk menyampaikan cinta itu kepada mereka yang kau cintai. Apa yang penting kini, ikhlaskanlah diri untuk terus mengejar cintaNya. Semoga cinta dari segala yang mencintaiNya juga akan datang kepadamu.. amin..YAkinlah!

Wallahuallam


عَنْ أَنَسٍ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ بِهِنَّ حَلاَوَةَ الإِيمَانِ: مَنْ كَانَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلاَّ لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ بَعْدَ أَنْ أَنْقَذَهُ اللَّهُ مِنْهُ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ

Ertinya:

“Dari Anas bin Malik RA, bersabda Rasulullah SAW: “Tiga perkara apabila terdapat pada diri seseorang, ia merasai kemanisan iman: Siapa yang cintanya kepada Allah dan Rasul lebih dari cintanya kepada yang lain; siapa yang cintanya kepada orang lain hanya kerana Allah (dan bukan kerana suatu tujuan duniawi); dan ia membenci kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkannya (dari kekufuran), sebagaimana bencinya akan dicampakkan ke dalam api.”

(HR. Muslim)
Bagaimana mungkin kita mampu menikmati indahnya beribadah andai hati kita sangat jauh dari cintaNya.. Lagi-lagi kepada adikku yang ditarbiyah.. Yakinlah itulah sumber kekuatanmu untuk lebih dekat denganNya. Sibukkanlah dirimu dengan isu-isu yang lebih besar diluar sana. Kenangilah saudaramu di palestine, di syiria dan di negara-negara lain yang kebanyakannya sedang struggle untuk survive dalam mempertahankan aqidah mereka.

Benar.. cintailah Allah dan Rasul yang pertama.. Kobarkanlah semangat jihad dalam dirimu agar pemuda-pemuda diluar sana tergugat dengan keimananmu. Jadikanlah dirimu sebagai srikandi dan bakal ibu kepada mujahid dan mujahidah yang bakal lahir melalui madrasah tarbiyahmu.

wallahuallam

"Seorang ibu itu adalah madrasah. apabila engkau mendidik anak-anakmu, bererti engkau sedang menyediakan satu generasi yang unggul."-Penyair.

kakak yg mencintaimu,
mumtazah

Tuesday, December 10, 2013

Ya Allah, guide me in a straight way

Assalamualaikum,
Setelah sekian lama Lina tak update blog & hari ni Lina rasa rajin sikit nak taip walaupun sebenarnye sample banyak yang dianalisis kat lab tu..hihi


Rukun Iman yang pertama: Percaya kepada Allah
Rukun Iman yang keenam : Percaya kepada Qada' & Qadar


Sometimes, Allah breaks our spirit to save our soul,
Sometimes, He breaks our heart to make us whole.
Sometimes, He allows pain so we can be stronger.
Sometimes, Allah sends us failure so we can be humble.
Sometimes, He allows illness so we can take better care of ourselves.
And sometimes, Allah takes everything away from us so we can learn the value of everything He gave us.

Make plans, but understand that we live by Allah’s grace and by Allah’s plans!
Try to do our best in the way of Allah, in order to make our plans come true, and ask the best to Him only!


Setiap manusia akan diuji tapi ujiannya berbeza. Tahun 2013 sudah hampir ke penghujungnya, bagi Lina tahun ni paling banyak ujian samada diuji dengan kegembiraan atau kesedihan. Setiap hamba Allah pasti akan melalui ujian-ujian untuk diuji tahap keimanan kita atau sebenarnya mengukur tahap kecintaan kita kepada Pencipta kita.

Pastinya Lina sangatlah banyak kekurangan jika nak dibandingkan dengan orang lain. Jika kita hanya diberi 24 jam untuk pun kita tak terlepas dari melakukan dosa, iman itu ada turun dan naik. Kadang-kadang di pagi hari kita rasa kuat, bersemangat tapi bila dah sampai petang kita dah mula mengeluh, resah gelisah.

Perubahan. Hendak melakukan sesuatu perubahan ke arah kebaikan itu bukanlah benda mudah. Kita berubah dari segi pakaian, menutup aurat secukupnya tapi hati kita tak terhijab dengan sempurna. Masih memikirkan keburukan orang lain, masih tak bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah, tak suka lihat orang lain lebih dari kita. Kadang-kadang kita lihat ada orang yang hari-hari baca al-Quran, hafaz al-Quran tapi mulut tak pernah berhenti dari mengata orang, mengumpat orang dan yang paling buruk menjatuhkan hukum pada orang. Yang kita umpat tu kadang-kadang kita tak kenal pun, politician, artis etc. Akhirnya pahala yang yang kita patut dapat jatuh ke tangan orang yang kita umpat itu. Bila dihisab nanti berapa banyak sangatlah pahala yang tinggal. Betul, segelintir daripada kita pernah diberi peringatan, tahu dosa pahala tapi terus melakukan dosa. Allah murka orang yang berbuat dosa tapi Allah sentiasa buka pintu taubat untuk hamba2Nya yang berdosa. Selagi roh tak terpisah dari jasad selagi tu kita ada peluang untuk berbuat baik. Setiap orang ada potensi jadi baik walaupun dulu dia orang yang paling banyak buat maksiat. I'm not perfect. Tapi bila ada orang ingatkan benda-benda yang baik, itu macam satu hadiah sebenarnya. Tak semua orang suka kita dan kita pun ada juga tak suka orangkan? 

Jangan sesekali anggap diri kita ni baik dari orang sebab nanti kita hanya akan nampak diri kita je baik dan orang lain tak baik. Room for improvement. Jom ingatkan diri kita buat benda yang Allah suka. Thanks kepada sesiapa yang banyak ingatkan Lina, support Lina & selalu ada untuk Lina.


#Tahu tak, Lina rasa macam nak buat perubahan macam watak Dash Johari dalam Anthem tu...

Saturday, April 20, 2013

Apabila Perpisahan itu Terjadi

Tidak perlu berasa terlalu sedih dengan setiap perpisahan. Perpisahan adalah pintu untuk pertemuan yang baru. Tanpa perpisahan bolehkah orang baru itu kita kenali, sayangi seterusnya jadi pasangan kita?

Tidak mengapa berasa sedih namun usahlah terlalu sedih. Kesedihan hanyalah ledakan perasaan yang dibauri oleh perisa syaitan. Oleh kesedihanlah ramai orang jadi tidak redha, lantas tanpa disedari menjadi kufur apabila hati kerap mempertikai, mengapa Allah buat begini? Mengapa aku diuji sedemikian rupa? Sedangkan setiap kesedihan hujungnya adalah nikmat. Bila, bagaimana, tiada siapa yang tahu namun ia tetap terjadi.

Jika perlu menangis oleh perpisahan menangislah, tapi usah terlalu lama sebab pintu pertemuan yang baru telah dibuka. Biasanya pertemuan yang baru menjanjikan kegembiraan yang lebih baik kerana kita telah semakin matang oleh pengalaman yang dilalui.

Tanpa manusia terpaksa berenang menyeberang sungai, tidak mungkin jambatan tercipta. Tanpa kepayahan terpaksa berpanas berhujan, tidak mungkin rumah dibina. Hidup adalah pengalaman penuh penganjaran dan juga penuh pengetahuan. Setiap yang dilalui adalah ilmu buat mendepan hari muka. Biar ia berupa sedih pada hari ini, mungkin ia adalah mukaddimah kegembiraan hari esok.

Memang tiada siapa mahukan perpisahan tetapi jika perpisahan itu terjadi, fahamilah bahawa setiap sesuatu akan sampai pada pengakhirannya. Usah sangka perhubungan yang panjang adalah kebahagiaan, kadang-kadang ia lebih rancak oleh masalah yang terpaksa ditangani berpanjangan

Perpisahan adalah kembarnya pertemuan. Setiap kali anda bertemu insan baru, beritahu juga hati, anda akan berpisah dengannya. Bila, dimana, bagaimana, kenapa, tiada siapa yang tahu. Pokoknya perpisahan pasti terjadi. Sama ada oleh hayat yang telah sampai ke penghujung atau sememangnya perhubungan itu telah sampai pada noktah untuk berhenti.

Perpisahan walaupun sakit untuk diterima, bergembiralah kerana kita telah merdeka oleh kerenah yang menyakitkan hidup kita setelah sekian lama. Meskipun setiap orang ada baik dan buruknya, apabila perpisahan terjadi, kenangi selalu keburukannya supaya anda bersyukur akhirnya hidup kembali bermula dari awal. Usah terlalu dikenangi baiknya nanti anda rasa kesal berpanjangan.

Relakan sebarang perpisahan dengan redha dan syukur. Jika mampu senyum, maka ketawalah. Orang yang meninggalkan kita memang ingin lihat kita terluka oleh perbuatannya. Menangis adalah markah buatnya, tetapi tersenyum dan tertawa akan membuatkan hatinya menderita.

Usah tinggalkan kenangan gembira di hati orang yang meninggalkan anda tetapi tanamkanlah kenangan ralat dan kesal dijiwanya. Tanpa matlamat kesedihan tiada siapa mahukan perpisahan terjadi, tetapi andainya manusia sanggup berpisah bukankah bermaksud mahukan kesedihan? Usahlah jadi mangsa pada kesedihan itu tetapi bangkitlah dan deepani hidup baru, moga Allah berikan pengganti yang lebih baik lagi.

Pada setiap perpisahan ada nikmat pertemuan. Perpisahan itu adalah titik awal pada pertemuan yang lebih baik lagi. Tuhan tidak mengsia-siakan hidup hambaNya kecuali hamba itu sendiri yang menjadikan dirinya sia-sia oleh keadaan.

Anggaplah apabila ditinggalkan pergi, ia detik merdeka yang dicari-cari. Kemudian penuhilah ruang kemerdekaan itu dengan wawasan keras untuk hidup lebih baik daipada apa yang pernah dilalui. Berdoa selalu agar Allah temukan dengan insan yang lebih baik agar kehidupan yang berbaki itu bukan lagi sia-sia.
Bangun dan bangkitlah. Keluar dari kepompong kesedihan yang tidak perlu dan pergilah kepada dunia serba baru yang indah penuh berwarna. Kegembiraan seorang Muslim adalah keredhaan Allah terhadapnya. Maka carilah keredhaan itu dan yakinlah anda akan menemuinya.
Sumber: Dr. H.M Tuah Iskandar Al-Haj ~ Majalah Mingguan Wanita

#Suka Lina nak share article yang my mum bagi sebelum Lina balik UPM last month. My mum always want the best for me. Mak tahu apa yang Lina rasa, so dia bagi macam2 article untuk motivatekan anak dia yang manja amat ni ~_^
Artikel yg my mum bagi ni Lina tampal kat dinding sebelah katil

Monday, March 4, 2013

Story about Teddy, Memory & Favourite



Assalamualaikum buat sekalian rakyat jelata yang sedang membaca hasil tulisan beta yang bese2 nie...malam nie tetiba dtg mode nk update blog walopun repot x siap lagi..mohon ampun dan maaf...

Miela “Kak Lina nie da lama x update blog. Cite yg last pun pasal ‘love cake’. Tulis blog ni best. Update la blog kak.”
Me “Errrr...”..Dalam hati, ada gak org baca blog ku ek...heeeee

Ada rasa nk update blog weekend ari tu tapi x de topic + bru buat instagram. So, excited dgn instgram. Hihihihihi

Okey laa. Since my Lulu is back after 7 days 6 nights kat dobi, I like to cite pasal teddy etc. Bayangkan 6 malam x peluk Lulu, mesti la rasa lain tapi nasib baik ada bantal busuk yg diimport khas dari rumah tok at Kampung Temai Tengah, Pekan Bandar Diraja, Pahang Darul Makmur. Peluk bantal kekabu tu lg best dri peluk Lulu coz besenye bila bangun tido je Lulu mesti duk bawah katil atau bila stress kat kaki la tempat dia. Jadi bahan kene tendang. Ni sume sbb katil tu kecik, tu yg Lulu jatuh, Lina tido sopan santun je. Ngeeeee ^__________^
Lulu baru balik dari Dobi

Leganya dapat kuar dari plastik ^_^


Ramai yang ingat, Lulu ni someone special yg bagi. Hahaha. Memang tak la. Lina beli Lulu ni dengan duit scholar JPA mse final year undergrad dulu. Dah lama mengidam nak teddy besar dan dgn sgt bangganye dpt beli sendiri. Usung satu The Mines okey dari top floor (Erkkk.. kantoi beli kat Mines). Thanks JPA. And someone special like boyfriend x wujud masa tu plus mmg x pernah dpt teddy pun dari mereka2. Dapat cicak getah dalam box ada laa. Huh!!!! 

Nama Lulu ni pun Miela yang bagi. Saja nak bg compliment dengan my nickname masa student mobility programme kat Beijing dulu “Lily”. Ouchh gedik abes nama kt oversea Lily. Puiiiiiii laju2. Nak dijadikan cite, masa pegi Zoo of Beijing, kami tgk kt board ada giant panda nama “Lili”. Xpe laa yg penting nama sama dgn panda yg comel..kuikuikui
Family Teddy at MTM room. Kalo x silap masa nie bulan Ramadhan. Stay up kt bilik MTM & waiting for Qiamuallail ^_^

See the Panda's name is Pipi & Lili..errrr kt tangan Lina tu jagung Beijing sangat pelik rasanye..sgt sticky jagung tu..


Macam gugurl girlish yg lain, Lina suka pink, teddy & bunga. Snowball & books pun include dalam my favourite items. During my 22nd birthday, Lina pernah dpt 4 cute snowballs dari coursemate blok Rajawali yg ada bear kat dalam. Nak2 masa tu tengah duk meroyan layan  Korean Drama “My Girl”. Owh mmg x ley blah malam my besday tu, Lina kene mandi dengan air tepung, telur + entah apa punye ramuan kul 12 malam after balik latihan teater. Sweet memory actually bcz my cardigan baru kene rendam dalam softlan 3 hari 3 mlm nk kasi hilang bau telur... Hehehe..Berbalik pada snowball, kalo dapat dari Lee Dong Wook nie memang lg heaven lah kan..tu namanye mimpi indah yg x wujud dia alam nyata...wink wink wink..Then masa konvo plak Lina dapat snowball dari adik2 MTM. Suka gle sbb masa konvo tu dapat sangat banyak bunga, teddy and snowball from my family & friends walopn pada hari kejadian Amalina is demam + ada suara cam kartun (sakit tekak smpai suara garau glerrr).
My 5th semester. Cute teddy, snowballs & cactus from my friends.

Snowball from MTM and cute teddy kaspersky from my bff mastura during works at Techlane wat purchase order kaspersky's key  for Thailand
Sebahagian hadiah dari mak, abah, adik2 & kawan2 masa my konvokesyen
My postgrad room. Kecik kan katil?sbb tu Lulu jatuh (alasan). Dinding pown Pink..hewhewhew
My office room at MPOB. Teddy dalam bakul tu my exco budaya bagi. Mesti dah berhabuk my table ni coz da lebih 6 bulan x balik MPOB Keratong..wait for me yaa..hope I can finish my Master on time.

During my 17th besday, Lina dpt small teddy oren dari Noni. Teddy with sad face but I like it so much bcz that teddy is my 1st teddy yg Lina dapat dari insan yang berstatus kawan. Then, I also dapat small cute teddy dari my exco budaya during my second year undergrad. So sweet. Tak ketinggalan ole2 from Australia which is small teddy Koala from my BFF Shasha. ^_^
Sweet small teddy n rose from my rumet Ana. Sangat suka ^_^
Kuma kuma from Miela. Besides pink, I like green, white & cream ^_^

Ada masa Lina bosan dengan Lulu, Lina campak dia dalam store kt rumah sebab bila ada adik bongsu utk dipeluk dan dicubit sesuke hati, Lulu tu cam dah x bermakna sgt. Hahaha. Cian Fina. Saja letak dalam store sbb kalo letak kt luar, habis Lulu tu jadi mangsa penderaan Angah & Amim. They are so jealous okey, nasib baik Along x buat benda yg sama kt guitar korang. Kalo x mmg perang dunia la jawabnye. Hihihihihi  
Syamim with my teddy masa tadika..tengok tu, kecik2 lagi da suke culik teddy Along...dush3..tp syg dah hilang dah dia

Jojo & Bobo pun nak inter-frame gak..comeyyy ^_^

Kema with her Pororo. Her favourite. ^_^

Tasha with Kob punye Teddy, hadiah from his family masa konvo. Gila besar teddy nie. I is jeles sbb dia lg besar dari Lulu. And Kob says that the teddy's name is Kubi-kubi. So sweet right..hahaha

Hehehe..not mine..this is Kak Ekin and me give to our adik2 masa konvo last year.

Okey dah malas nak cite. Yang penting malam ni sgt best sbb dapat tido dgn Lulu yang wangi & suci. Rasa cam budak lg cz still suka teddy. Lina punye sukalah kn, that’s my life. Kalo x suke pegi main jauh2. Eh, emo plak....hihihihihi...Selamat malam semua. Have a nice dream. Before tido ambil wudhuk + baca al-Mulk + cuba sedaya upaya maafkan insan2 yg tersenarai dalam calon2 yg kalo ada depan mata mmg rasa nk tumbuk2 je. That’s why la kene ada teddy, seronok ckt nk belasah (cam mama kawan Shin Chan, bila geram kt Shin Chan tumbuk teddy...hahahaha). Thanks for reading this entry. ^_^. Assalamualaikum & don't forget pray for Lahad Datu + solat hajat untuk mereka. May Allah bless us.
Please pray for Ciko (xtahu lah budak lain bg nama apa). Kaki Ciko menggigil, dia x ley bangun. Don't know what happen. Hope Ciko cepat sembuh. Sangat kesian tengok dia x boleh jalan T_T


::Amal SweetLina::